“The Blair Witch Project” merupakan sebuah kisah seram yang pernah menggemparkan peminat filem dengan produksi yang seakan-akan benar dari sebuah kisah nyata. Kalau pembaca pernah menonton “Gonjiam: The Haunted Asylum”, pasti pembaca dapat perhatikan persamaan kedua-dua filem ini.

Namun, tahukah anda bahawa filem The Blair Witch Project ini mempunyai cerita di sebalik tabir yang unik dan seramnya yang tersendiri? Anda juga pasti tertanya-tanya keunikan filem yang ditayangkan pada tahun 1999 ini kan? Tanpa membuang masa, jom Kak BB ceritakan!

Asal-usul The Blair Witch Project

Apa sebenarnya The Blair Witch Project ini? Untuk pengetahuan para pembaca, filem seram ini adalah berdasarkan cerita yang direka oleh kedua-kedua penerbit filem tersebut, iaitu Daniel Myrick and Eduardo Sanchez. Kisah seram ini telah dirangka serapi mungkin oleh kedua-dua penerbit tersebut seakan-akan kisah seram ini wujud tau!

Kedua-dua penerbit tersebut telah mengunakan taktik pemasaran yang sangat unik dan menarik kerana, internet dan media sosial merupakan sesuatu yang sangat baharu bagi penonton dan orang awam pada waktu itu.

The Blair Witch Project
Kredit: The New York Times (Daniel Myrick dan Eduardo Sanchez)

Daniel dan Eduardo telah memprokduksi dan menayangkan sebuah dokumentari bertajuk Curse Of The Blair Witch yang bercerita tentang hantu bernama Elly. Elly ini telah menjadi punca pembunuhan besar-besaran di sebuah kejiranan yang dinamakan Blair, yang kini dikenali sebagai Burrkittsvile, Maryland. Lokasi tersebut juga dipilih untuk menambahkan lagi elemen asli dan semula jadi filem ini.

Kisah yang merupakan rekaan semata-mata ini telah berjaya membuat penonton percaya tentang wujudnya kisah seram Blair, menjadikan taktik pemasaran Daniel dan Eduardo antara yang terbaik dalam sejarah perfileman.

The Blair Witch Project
Kredit: The Blair With Project Fandom

Di dalam dokumentari tersebut, rakaman wawancara yang dilakonkan, beserta keratan akhbar dan klip-klip video yang digunakan telah berjaya meyakinkan orang ramai bahawa kisah seram ini wujud dan terjadi di dunia nyata.

Seperti yang digembar-gemburkan, Elly diceritakan sebagai sebuah entiti hantu yang menjadi punca kematian besar-besaran di kejiranan Blair, sehingga menyebabkan kejiranan tersebut ditinggalkan serta-merta. Apabila Daniel dan Eduardo berjaya menimbulkan rasa minat orang awam tentang keaslian kisah tersebut, kemudian barulah filem The Blair Witch Project ini ditayangkan buat pertama kalinya di layar perak pada tarikh 30 Julai 1999.

Fakta Seram di Sebalik The Blair Witch Project

Ketika dalam proses pemilihan pelakon atau lebih dikenali sebagai screening test di Hollywood, Eduardo dan Daniel telah memilih tiga pelakon untuk menjayakan filem ini. Mereka adalah Heather Donahue, Joshua Leonard dan Michael C. Williams.

Sepanjang proses perfileman filem ini juga, sebenarnya terdapat beberapa kisah di sebalik tabir yang seram dan aneh berlaku tau! Jom teruskan bacaan anda bersama Kak BB.

Kisah 1 – Rakaman dijalankan selama 24 jam, 8 hari sepenuhnya dengan kamera yang dipegang oleh pelakon sendiri

Eduardo dan Daniel hanya memberi arahan kepada para pelakon dengan meninggalkan nota tentang perjalanan dan aksi yang bakal mereka lakonkan di pokok sekitar. Ketiga-tiga pelakon juga tidak mempunyai skrip tetap yang disediakan, dan hanya perlu merakam segala perbualan dengan improvisation mereka sendiri. Dengan kamera yang sentiasa dipegang oleh para pelakon, watak sebagai tiga pelajar sesat ini berjaya dirakam dengan kualiti kamera yang rendah untuk menambahkan lagi elemen seram dalam filem tersebut.

Disebabkan itu, kejadian aneh di dalam khemah telah berjaya terakam, di mana para pelakon sebenarnya tidak tahu sama sekali tentang gangguan yang berlaku pada waktu malam itu di khemah mereka.

Kru produksi berjaya merakam detik-detik Heather Donahue berlari daripada sebuah bayang-bayang putih. Dek kerana tidak diberikan sebarang nota berkaitan lakonan aksi tersebut, ia telah menyebakan satu-satunya pelakon wanita itu menjerit ketakutan secara semula jadi!

The Blair Witch Project
Kredit: The Blair Witch Project/Artisan Entertainment

Kisah 2 – Keluarga pelakon menerima surat dan ucapan takziah selepas penayangan filem ini

Disebabkan elemen asli dan rakaman yang mengunakan teknik selfie-cam, ditambah dengan mock-documentary tentang filem ini, ramai yang percaya bahawa ketiga-tiga pelakon Heather Donahue, Joshua Leonard dan Michael C. Williams telah disahkan hilang dan berkemungkinan mati, seperti yang ditanyangkan di penghujung filem tersebut.

Teknik pemasaran Daniel dan Eduardo ini juga telah menjadi punca kematian mereka yang dipercayai ramai kerana untuk mempromosikan filem ini, kedua-dua penerbit tersebut turut melancarkan laman web www. blairwitch.com yang kini sudah tidak boleh lagi diguna pakai. Di dalam laman web tersebut, poster kehilangan mereka bertiga telah dimuat naik, untuk menambahkan keaslian filem ini.

The Blair Witch Project
Kredit: The Blair Witch Project/Artisan Entertainment

Kisah 3 – Makanan yang ditinggalkan oleh kru produksi makin sedikit untuk para pelakon

Untuk menambahkan elemen pelajar kolej yang kelaparan dan sesat dalam hutan, kru produksi filem akan meninggalkan makanan yang sedikit dari hari ke hari, sepanjang proses rakaman.

William, salah seorang pelakon dalam filem tersebut menyatakan bahawa makanan mereka dikurangkan dengan sengaja supaya mereka berasa kurang selesa sepanjang proses rakaman. Kru mungkin akan meninggalkan makanan yang ringan untuk mereka, atau kadang kala mereka harus berlapar sepanjang proses rakaman.

William juga menegaskan bahawa keselamatan mereka terjamin dan mereka tidak sepenuhnya kelaparan, namun ada kalanya mereka harus meneruskan lakonan tanpa makanan.

Kredit: The Blair Witch Project/ New York Times

Jadi, para pembaca yang baru nak kenal filem The Blair Witch Project ini, anda rasa tertarik tak untuk mencabar diri menonton kisah seram ini? Haaa, jeng jeng jeng…

Buat pengetahuan pembaca, kos produksi filem in adalah dalam anggaran kasar 60,000 U.S dollar, namun bejaya mendapat kutipan sebanyak 246.6 juta U.S dollar di seluruh dunia! Pemasaran dan produksi filem ini telah berjaya mencatat sejarah terbaharu dalam dunia Hollywood untuk kategori cerita seram pada waktu itu.

Untuk anda yang ingin mengtahui lebih lanjut tentang proses perfileman dan info menarik rakaman filem ini, pastikan anda klik di sini ya. Selamat menonton The Blair Witch Project!

Setakat ini sahaja perkongsian Kak BB tentang “The Blair Witch Project”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Biar Betik.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *