Influencer Malaysia telah mengambil peluang daripada platform TikTok untuk memperkenalkan jenama dan mempromosikan produk mereka kepada audiens dengan lebih meluas. TikTok kini menjadi medan yang sangat berkesan bagi mereka untuk membina followers, meningkatkan brand awareness dan meningkatkan jualan produk.

Untuk artikel kali ini Cik Min akan mengupas bagaimana beberapa influencer Malaysia berjaya memanfaatkan TikTok untuk menjadikan produk mereka laris di dunia digital.

Kuasa Viral di TikTok: Menjenamakan Produk Tempatan

Influencer Malaysia telah berjaya mengubah TikTok menjadi platform berpengaruh untuk memperkenalkan produk mereka sendiri dengan gaya yang kreatif, interaktif dan dekat di hati rakyat. Berikut adalah contoh produk yang telah mendapat tempat di TikTok dan bagaimana influencer melariskan produk mereka untuk mencapai populariti.

1. Sambal Nyet oleh Khairul Aming

Sambal Nyet ialah produk popular yang diasaskan oleh influencer terkenal iaitu Khairul Aming. Pada mulanya Khairul Aming hanya membuat konten video pendek resepi memasak dan tutorial, tetapi selepas itu Khairul Aming mula menjual produknya sendiri dan menunjukkan pelbagai cara untuk pelanggan menikmati sambal nyet dalam setiap hidangan.

Penggunaan elemen visual yang seperti video yang menarik serta resipi kreatif telah menjadikan Sambal Nyet sebagai produk yang viral di kalangan rakyat Malaysia.

Kelebihan Sambal Nyet:

• Rasa Pedas Asli

Sambal Nyet menampilkan cita rasa pedas dan aromatik, sesuai untuk pelbagai jenis masakan.

• Kualiti Bahan

Khairul Aming memastikan bahan yang digunakan adalah fresh dan berkualiti tinggi. Secara tak langsung menjadikan sambal ini pilihan utama bagi penggemar makanan pedas.

Influencer Malaysia
Sumber: Shopee

2. Dendeng: Makanan Tradisional dengan Sentuhan Baru

Dendeng ialah daging yang dikeringkan dan dimasak secara tradisional dengan perapan rempah yang kaya. Makanan ini mula popular di TikTok apabila sekali lagi Khairul Aming mengeluarkan produk kedianya dan ramai influencer mempromosikannya sebagai menu hindangan tambahan dengan cita rasa tradisional.

Pertama kali produk ini di keluarkan, produk ini telah terjual sebanyak 80 Ribu selama 3 minit sahaja. Ini kerana ramai pelanggan yang mempercayai produk daripada Khairul Aming semestinya sedap dan berkualiti tinggi.

Kelebihan Dendeng:

•Rasa yang Kaya dengan Rempah

Dendeng ini menawarkan rasa yang berbeza dengan gabungan rempah tempatan.

•Rasa yang Kaya dengan Rempah

Produk ini sering dinikmati sebagai snek atau hidangan tambahan untuk majlis atau hari istimewa.

Influencer Malaysia
Sumber: Shopee

3. Minyak Jungle Girl: Kesihatan dan Kecantikan Semula Jadi

Minyak Jungle Girl adalah produk kesihatan dan kecantikan yang mendapat perhatian di TikTok, terutamanya melalui influencer Malaysia yang mengutamakan gaya hidup sihat dan penjagaan kulit semula jadi. Founder nya ialah seorang gadis yang berasal dari Pahang dengan nama Tiktok Jungle Girl.

Banyak influencer sering menunjukkan penggunaan minyak ini dalam rutin kecantikan harian mereka, mereka memberikan testimoni tentang manfaatnya produk ini untuk kesihatan rambut, kulit, dan juga badan.

Kelebihan Minyak Jungle Girl:

•Bahan Semula Jadi

Minyak ini dihasilkan dari bahan semula jadi, menjadikannya pilihan yang selamat untuk kulit dan rambut

•Serbaguna

Sesuai untuk digunakan sebagai minyak urut, serum rambut dan juga pelembap kulit.

Influencer Malaysia
Sumber: Shopee

4. Yaya Empire: Produk Kecantikan Pilihan Influencer

Yaya Empire menawarkan rangkaian produk kecantikan seperti kosmetik dan penjagaan kulit yang popular di kalangan influencer. Dengan gaya promosi melalui tutorial solekan dan explanation tentang produk. Yaya Empire berjaya mencuri perhatian peminat kecantikan. Yaya Empire bukan sekadar produk perfume sahaja malah turut ada foundation, eyeshadow, dan skincare untuk digunakan oleh masyarakat.

Produk ini menjadi lebih viral apabila seorang Influencer iaitu Mia Azhar menjadi ambassador bagi produk ini. Hal ini membuktikannya kualiti dan mendapat kepercayaan daripada pengguna.

Kelebihan Produk Yaya Empire:

• Kualiti Premium

Produk dari Yaya Empire mempunyai bahan berkualiti tinggi, memberi hasil yang memuaskan.

•Pelbagai Pilihan

Rangkaian produk merangkumi pelbagai jenis kosmetik dan skincare, sesuai untuk semua jenis kulit.

Sumber: Shopee

Cara Influencer Menarik Minat di TikTok

Influencer Malaysia menggunakan pelbagai teknik kreatif untuk menarik minat penonton di TikTok. Antaranya:

•Unboxing dan Review Jujur

Influencer sering menunjukkan reaction pertama mereka terhadap produk, memberikan review jujur yang membina kepercayaan pengguna.

Tutorial dan Tips Penggunaan

Video tutorial sangat membantu penonton untuk menggunakan produk terutamanya bagi produk kecantikan dan makanan.

Giveaway dan Cabutan Bertuah

Ramai influencer menggunakan cara giveaway untuk menarik lebih ramai followers dan memberikan peluang kepada penonton untuk mencuba produk mereka.

Sokong Produk Tempatan

Influencer Malaysia memainkan peranan besar dalam mengangkat jenama tempatan di TikTok, menjadikan produk-produk seperti Sambal Nyet, Dendeng, Minyak Jungle Girl, dan Yaya Empire terkenal dan mendapat tempat di hati rakyat. Dengan sokongan pengguna, produk tempatan dapat terus berkembang dan bersaing di pasaran.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri produk-produk hebat ini dan sokong jenama tempatan!

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Influencer Malaysia: Mencipta Jenama di TikTok ” pada kali ini. Untuk ketahui lebih banyak lagi artikel menarik, anda boleh layari laman portal BiarBetik.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Cerita dari dalam Malaysia dan Luar Negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *