Bella Astillah dan Syed Saddiq, dua nama yang cukup dikenali dalam bidang masing-masing, tetapi bagaimana mereka boleh bekerjasama? Apakah kisah di sebalik kolaborasi ini? Jika anda masih belum tahu, jom kita selami lebih lanjut mengenai latar belakang mereka. Sebab mereka bekerjasama, dan aktiviti yang telah mereka lakukan bersama jenama tempatan, Primavalet!
Latar Belakang Mereka
Latar Belakang Bella Astillah
Bella Astillah, atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, adalah seorang penyanyi, pelakon, dan personaliti media sosial terkenal di Malaysia. Namanya mula meningkat naik dalam industri hiburan menerusi pelbagai drama dan lagu yang mendapat sambutan hangat. Selain itu, Bella juga dikenali kerana keaktifannya di media sosial, sering berkongsi kehidupan seharian, fesyen, dan inspirasi kepada peminatnya.
Tidak hanya berbakat dalam dunia hiburan, Bella juga mempunyai minat dalam bidang model dan fesyen.

Latar Belakang Syed Saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Beliau merupakan seorang ahli politik muda yang vokal dalam memperjuangkan hak belia dan pendidikan. Beliau dikenali kerana semangatnya dalam memperkasakan generasi muda serta lantang bersuara dalam isu-isu yang memberi impak kepada masyarakat.
Sebagai seorang pemimpin yang mesra dan dekat dengan anak muda, Syed Saddiq sering menggunakan platformnya untuk mendekati rakyat dan berkongsi pendapatnya tentang pelbagai isu semasa.

Sebab Mereka Bekerjasama
Walaupun berasal dari dua dunia yang berbeza iaitu hiburan dan politik. Bella dan Syed Saddiq berkongsi nilai yang sama dalam memberi inspirasi kepada masyarakat. Mereka berdua mempunyai pengaruh yang besar di kalangan anak muda. Ini menjadikan mereka pasangan yang sesuai untuk bekerjasama dalam kempen yang memberi impak kepada masyarakat.
Kolaborasi mereka bersama jenama tempatan, Primavalet, adalah satu langkah menarik yang menggabungkan dunia fesyen, selebriti, dan kepimpinan belia. Primavalet, sebagai jenama pakaian terkenal di Malaysia. Syarikat ini melihat potensi dalam kedua-dua individu ini untuk menjadi wajah kepada kempen mereka. Ini juga sekaligus memperkenalkan fesyen tempatan kepada lebih ramai orang.

Aktiviti Mereka Bersama Primavalet
Setelah bekerjasama dengan Primavalet, Bella Astillah dan Syed Saddiq telah terlibat dalam beberapa aktiviti menarik. Ini bagi mengukuhkan lagi jenama ini dalam kalangan peminat mereka. Antara aktiviti yang mereka lakukan termasuk:
- Photoshoot Koleksi Fesyen Primavalet
Bella Astillah dan Syed Saddiq terlibat dalam sesi photoshoot eksklusif. Ianya bagi memperkenalkan koleksi baju kurung, baju Melayu, dan aksesori sampin dari Primavalet. Mereka tampil anggun dan segak dalam persalinan tersebut, menarik perhatian ramai peminat fesyen.
2. Mendaki Gunung Kinabalu dengan Baju Primavalet
Dalam satu aktiviti unik dan mencabar. Mereka berdua turut mendaki Gunung Kinabalu sambil mengenakan pakaian dari Primavalet, menunjukkan ketahanan dan kualiti jenama tempatan dalam pelbagai keadaan.
3. Memberi Sumbangan di Muar
Seperti yang kita semua sedia maklum Syed Saddiq adalah wakil rakyat di bahagian Muar. Syed saddiq mencari insiatif untuk membantu rakyatnya dengan bekerja sebagai model di Primavalet untuk mendapatkan pendapatan untuk diberikan kepada rakyat yang memerlukan.
Oleh itu, Bella dan Syed Saddiq turun padang di Muar untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan sambil memakai pakaian dari Primavalet. Dalam bantuan ini juga, Primavalet turun memberikan baju melayu dan kurung kepada rakyat Muar.
4. Berenang Menggunakan Baju Primavalet
Dalam satu lagi aktiviti unik. Mereka turut mencuba berenang sambil memakai pakaian dari Primavalet untuk menunjukkan keselesaan dan fleksibiliti fabrik yang digunakan oleh jenama ini.
Tampil Bergaya dengan Pilihan Fesyen Terbaik
Anda juga boleh bergaya seperti Bella Astillah dan Syed Saddiq dengan koleksi Primavalet yang eksklusif. Berikut adalah beberapa pilihan menarik yang boleh anda dapatkan di Shopee:
- Baju Kurung Primavalet – Dapatkan di sini
- Baju Melayu Primavalet – Dapatkan di sini
- Sampin Primavalet – Dapatkan di sini
- Kasut Adidas Samba – Dapatkan di sini
Kolaborasi antara Bella Astillah dan Syed Saddiq bersama jenama tempatan seperti Primavalet membuktikan bahawa dunia hiburan dan politik boleh bergabung untuk tujuan yang lebih besar. Dengan pengaruh mereka. Bukan sahaja fesyen tempatan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Malah mesej menyokong produk tempatan juga dapat disampaikan dengan lebih meluas.
Jika anda ingin turut serta menyokong jenama tempatan dan tampil bergaya. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi eksklusif dari Primavalet hari ini!
Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Bella Astillah dan Syed Saddiq: Siapakah Mereka?” Untuk ketahui lebih banyak lagi artikel menarik, anda boleh layari laman portal BiarBetik.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Cerita dari dalam Malaysia dan Luar Negara