Baru-baru ini, Econsave sumbang 30 tan tepung untuk Palestine bagi membantu mengurangkan bebanan saudara kita disana yang masih diserang rejim zionis, Israel. Konflik timur tengah ini telah berlanjutan dari 7 Oktober 2023 sehingga sekarang, dimana negara-negara jiran iaitu Syria, Iran dan Yemen juga menerima serangan dari negara tersebut.

Di artikel kali ini, Kak BB akan ulaskan tentang bantuan Econsave kepada para pembaca.

Bantuan Econsave ke Bumi Gaza | Econsave Sumbang 30 Tan Tepung Untuk Palestine

Dengan kerjasama badan bukan kerajaan MyCare, bantuan Pasaraya Econsave ini dapat disalurkan ke bumi Gaza dengan menyumbang 30 Tan Tepung kepada warga Palestina disana. Seperti yang para pembaca tahu, hampir keseluruhan infrastruktur di Gaza telah dibom, dan mereka yang masih bertarung nyawa hanya mampu tidur dan melindugi diri di Rafah yang berdekatan dengan sempadan Mesir dan Gaza.

Pengurus Besarnya Mas Imran Adam berkata sumbangan bernilai RM90,000 termasuk kos pengangkutan itu kini berada di Rafah sebelum dibawa masuk ke kawasan yang masih berdepan serangan Israel. Mas Imran berkata pihaknya terus komited menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza dan ia merupakan satu daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) Econsave.

Econsave Sumbang 30 Tan Tepung Untuk Palestine
Sumber: Berita Harian

Untuk membaca artikel lebih lanjut tentang pasaraya sumbangan Econsave dan info-info terki tentang Palestine, para pembaca boleh melayari laman web Astro Awani atau klik sahaja link ini. Semoga dengan bantuan ini, kesusahan warga Palestine disana dapat dikurangkan dan selamat dari serangan rejim zionis, Israel di sana.

Semoga kekejaman Israel dapat dihentikan dengan serta-merta dan teruskan usaha memboikot produk-produk yang menyokong Israel dalam konflik ini. Marilah sama-sama mendoakan keselamatan saudara kita disana , Amin.

Setakat ini sahaja perkongsian Kak BB tentang “ Econsave Sumbang 30 Tan Tepung Untuk Palestine”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Biar Betik.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *