Hai korang semua! Hari ini Kak BB mahu kongsikan tentang hubungan badak dan air cap badak. Pada zaman kecil-kecil dahulu, apabila bercerita atau bercakap tentang air cap badak, perkara pertama yang kita akan kaitkan tentang air ini adalah dengan demam.

Apakah benar air cap badak ini bagus untuk melegakan demam dan diperoleh daripada air rendaman badak?

Mari Kak BB ceritakan dengan lebih lanjut kepada korang tentang manfaat atau kelebihan air cap badak dan juga kebenaran disebalik air ini.

Fakta Tentang Air Cap Badak

Air cap badak ini sinonim dengan demam tetapi, majoriti masyarakat kita tidak tahu tentang fakta berkaitan air cap badak ini. Jangan terkejut ya! Air cap badak ini sebenarnya tiada kaitan langsung dengan haiwan, badak atau air rendaman badak kerana nama haiwan tersebut hanyalah digunakan sebagai jenama produk sahaja.

Air cap badak ini berbeza dengan air mineral yang biasa kita beli di kedai, kerana ia mengandungi herba traditional masyarakat cina bagi melegakan kepanasan.

Sumber: hellodoktor

Air ini telah pun berada di pasaran sejak tahun 30an. Walaupun mempunyai pelbagai jenama berdaftar, mereka masih lagi menggunakan dan mengekalkan gambar badak tersebut. Kandungan yang terdapat di dalam air badak ini pula ialah Gypsum Fibrosum dan Calsitum.

Kak BB pun tertipu juga dengan cerita tahyul tentang air badak ini, tetapi apa yang penting, kini kita sudah pun tahu tentang kebenarannya!

Kelebihan Air Cap Badak

Kak BB yakin, pasti hampir semua pembaca artikel Biar Betik pernah menggunakan air badak apabila demam kan? Ramai masyarakat kita yang menggunakan air ini, tetapi adakah air cap badak ini betul-betul berkesan untuk menyejukkan badan ketika demam?

Hubungan Badak Dan Air Cap Badak

Walaupun hubungan badak dan air cap badak ini tiada kaitan, namun terdapat beberapa kelebihan air cap badak yang boleh Kak BB kongsikan.

1. Melegakan demam.

2. Menyejukkan badan ketika cuaca panas.

3. Melegakan kepanasan apabila mengambil makanan panas.

Air cap badak ini adalah merupakan ubat traditional bagi masyarakat cina yang dipercayai dapat melegakan kepanasan badan.

Kepanasan badan yang dimaksudkan di sini adalah, berdasarkan kepercayaan Cina, makanan yang kita makan mempunyai dua kelas iaitu makanan sejuk dan makanan panas.

Antara contoh makanan panas adalah seperti:

  1. Daging.
  2. Makanan bergoreng.
  3. Makanan laut.
  4. Buah durian.

Makanan seperti ini akan menyebabkan suhu badan meningkat apabila dimakan secara berlebihan dan akan menyebabkan ketidakselesaan. Oleh sebab itu, kita wajar seimbangkan pengambilan makanan sejuk seperti buah-buahan.

Kalau rasa nak makan makanan panas seperti di atas juga, bolehlah standby air cap badak satu, hehe… Memandangkan air cap badak dan badak tiada hubungan yang berkait, jadi tak perlu risau dah lepas ni!

Setakat ini dahulu perkongsian Kak BB tentang “Hubungan Badak dan Air Cap Badak”. Untuk lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari portal biarbetik.com.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *