Pada 11 Mac lalu, pengguna media sosial telah digemparkan dengan kisah seram DJ Fazziq Muqris, seorang penyampai radio Era FM yang telah menerima panggilan misteri daripada seorang wanita. Panggilan tersebut juga telah diakhiri dengan suara mengilai di hujung perbualan tau! Fuh, biar betik?!

Dalam segmen PM 40 ERA itu pada mulanya telah menerima panggilan seorang wanita yang bernama Nida. Beliau ingin meluahkan perasaan tentang kisah yang membuatnya berasa terkilan pada tahun 1992 yang lalu.

@rockbisonnnnj

Meremang dengar 😭 and dia mintak tlg fazziq pulak tu tibe ii mengilai 😭😭 @ERA #era #fazziq #fazziqmuqris

♬ original sound – spaceship – spaceship
Sumber: rockbisonnnnj

Mahu Beri Hadiah Beg untuk Emak

Nida mulakan penceritaan dengan kisahnya yang mahu membeli hadiah beg untuk emaknya sempena hari lahir yang kebetulan jatuh pada Hari Raya Aidilfitri tahun itu.

Pada mulanya, emak Nida melarang dia pergi, namun memikirkan hasratnya untuk memberi hadiah, dia tetap berkeras untuk keluar dan mencari hadiah tersebut sehingga lewat malam.

Ceritanya dilanjutkan dengan kisah dia yang tersalah jalan ketika pulang membeli beg kesukaan emaknya dan mengakibatkan kemalangan sehingga kereta yang dipandunya hilang kawalan dan memasuki gaung.

Dengan keadaan panik, pintu kenderaannya tidak boleh dibuka. Hanya tingkap yang dapat dibuka separuh sahaja dan dia terus mencampakkan beg yang telah dibeli ke luar kereta sebelum keretanya terbakar.

Wanita misteri itu terus menangis ketika bercerita kerana tidak dapat memenuhi hasratnya, dan meminta DJ Fazziq menolongnya untuk berikan beg yang telah dibeli itu kepada emaknya.

DJ Fazziq yang berada dalam kekeliruan terus bertanya di mana wanita itu berada pada waktu tersebut. Lebih suspense lagi, apabila wanita tersebut mengatakan dia tidak sempat selamatkan diri ketika kejadian yang berlaku pada tahun 1992 itu.

Tanpa menjawab soalan yang ditanya, kisah seram DJ Era ini terus berlanjutan apabila wanita itu mengilai pada hujung perbualan. Dengan pantas DJ Fazziq menutup talian untuk hentikan perbualan tersebut. Meremang bulu roma Kak BB bila tonton video ni!

Biar betik DJ Fazziq cakap dengan hantu?

Kisah Seram DJ Era

Kisah Seram DJ Era ini Benar atau Prank Sahaja?

Di sebalik kisah seram ini, terdapat pelbagai reaksi mereka yang menonton video tersebut. Ada yang meluahkan rasa simpati kepada wanita itu kerana tidak dapat menyampaikan hasratnya untuk menghadiahkan beg kepada emaknya. Malah, ada juga komen yang mengatakan dia sanggup memberhentikan kereta sebentar untuk mendengar perbualan tersebut.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan perkara ini adalah rekaan atau ‘prank’ semata-mata. Jika benar ia hanya ‘prank’ , Kak BB rasa perbuatan itu sememangnya tidak wajar sebab mengganggu emosi orang yang menjalankan tugas ketika waktu malam. Walau bagaimanapun, kesahihannya tetap tidak dapat dipastikan sehingga kini. Memang seram!

Setakat ini sahaja perkongsian Kak BB tentang “Kisah Seram DJ Era”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Biar Betik.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *