Seseorang yang telah pergi dijemput ilahi adalah mustahil bagi mereka untuk hidup kembali, apatah lagi selepas 29 tahun! Namun, inilah yang terjadi kepada sebuah keluarga warga Indonesia, dimana seorang lelaki persis arwah ayah mereka kembali hidup semula selepas 29 tahun dikebumikan pada tahun 2013.
Jadi, apa cerita lanjutnya Kak BB? Haa, bunyi menarik kan? Jom kita selami sama-sama kejadian misteri kali ini.
Asal usul tempat kejadian
Kejadian ini berlaku pada tahun 2013, di mana lelaki tersebut yang dikenali sebagai ‘Haji Faisal’ pulang ke rumah selepas 29 tahun dikebumikan pada tahun 1984.
Misteri ini berlaku di Kampung Pijot, Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, Indonesia ini bukan sahaja mengejutkan ahli keluarganya, malahan lelaki tersebut juga kelihatan sangat mirip dengan ciri-ciri arwah ayah mereka yang dikuburkan 29 tahun yang lalu!
Pengalaman Haji Faisal ‘hidup semula’ selepas 29 tahun
Haji Faisal sendiri berasa aneh dengan kejadian yang menimpa dirinya. Berdasarkan pengalamannya, Haji Faisal mengatakan bahawa beliau mengikut sebuah jalan yang penuh dengan cahaya berwarna-warni dan secara tiba-tiba ‘masuk’ semula ke dunia. Lelaki yang hidup semula selepas 29 tahun dikebumikan ini juga mempunyai 90% fizikal badan yang sama dengan arwah sehingga tidak dapat dinafikan oleh pihak keluarga.
Walaupun kedengaran sukar untuk dipercayai, ahli keluarganya yakin bahawa lelaki tersebut adalah ayah mereka setelah ditunjukkan tanda lahinya. Lelaki tersebut juga mengetahui sejarah keluarga serta kedudukan pokok kelapa di belakang rumah yang tidak mungkin diketahui oleh orang luar.
Reaksi penduduk kampung
Sesiapa sahaja tidak akan percaya tentang cerita lelaki hidup semula selepas 29 tahun dikebumikan ini, terutamanya bagi penduduk kampung Pijot.
Apabila mereka digempurkan dengan kepulangan Haji Faisal yang secara misteri itu, orang kampung memenuhi rumah tersebut untuk melihat dengan mata mereka sendiri bahawa arwah yang dikuburkan 29 tahun dahulu masih hidup dan juga sihat.
Selepas mengetahui kisah ini, bukan orang-orang Kampung Pijot aje yang terkejut, Kak BB pun terkejut tau! Namun walau bagaimanapun, Kak BB percaya masih banyak yang tida kita ketahui tentang rahsia kehidupan dan kematian ini.
Apa yang Kak BB boleh ulas adalah supaya kita boleh mengambil iktibar daripada kisah tersebut. Andai betul kita diberi peluang kedua dalam kehidupan ini, maka wajarlah untuk kita gunakannya sebaikl mungkin dan jangan sia-siakannya ya!
Di bawah, Kak BB turut sertakan video Tiktok dan untuk korang lihat sendiri. Kak BB pun turut sertakan linknya, jadi korang hanya perlu klik di sini. Apa pun, selamat menonton dan ‘terkejut’ sama macam Kak BB tau! Haha…
Setakat ini sahaja perkongsian Kak BB tentang “Lelaki hidup semula selepas 29 tahun dikebumikan”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Biar Betik.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.