Tarikh pun boleh hilang? Perkara yang pelik tapi benar-benar berlaku! Misteri tarikh kalendar yang hilang ini amat menakjubkan dan tidak semua orang tahu tentang misteri tarikh kalendar 1852 hilang ini sebenarnya.

Jadi pada hari ini, Kak BB akan merungkai misteri ini dan menceritakan kepada korang semua tentang perkara sebenarnya berlaku.

Sesuatu yang misteri, pasti ada kisah menarik disebaliknya!

Punca Perkara Ini Berlaku

Kak BB yakin mesti korang semua tertanya-tanya tentang punca tarikh kalendar tahun 1852 ni hilang kan? Mari Kak BB jelaskan kepada korang. Misteri tarikh kalendar 1852 yang hilang ini sangat mengujakan kerana ia terlihat sangat impossible pada mata kasar!

Punca perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh permasalahan kiraan yang berlaku pada kalendar Julian.

Masyarakat Eropah pada zaman dahulu menggunakan sistem kalendar Julian selama hampir 16 abad. Sistem kalendar Julian ini diperkenalkan oleh pemerintah Empayar Rom pada tahun 46 sebelum masihi.

  • Misteri Tarikh Kalendar 1852 Hilang

Perkara yang menariknya, sistem kalendar ini hampir menyamai gerakan sistem solar kita kerana menggunakan 366 hari dalam tahun lompat yang hanya akan hadir setiap empat tahun sekali, dan perkiraan 365 hari pada tahun biasa.

Namun, terdapat masalah kiraan pada kalendar yang membuatkannya tidak lagi tepat. Penganut ajaran Katolik di dalam masyarakat Eropah menyambut Easter setiap kali bulan penuh pertama yang kebiasaannya pada tarikh 20 atau 21 Mac.

Oleh kerana terdapat masalah di dalam kiraan kalendar pada era tersebut, sambutan Easter tidak lagi berlaku dalam bulan yang sama. Ia menyebabkan fenomena Ekuinoks dan tarikh sambutannya tidak seiring.

Hari yang Dibuang Daripada Kalendar | Misteri Tarikh Kalendar 1852 Hilang

Setiap masalah sudah pasti mempunyai jalan penyelesaiannya. Misteri tarikh kalendar 1852 yang hilang ini pasti dapat dirungkaikan.

Pope Gregory ke 13, yang merupakan ketua ajaran Katolik di era tersebut telah memberikan arahan kepada Christopher Clavius, ahli matematik, untuk membetulkan semula sistem kiraan.

Misteri Tarikh Kalendar 1852 Hilang
Sumber: ILUMINASI

Cara menyelesaikan masalah sistem kiraan:

1. Kiraan yang dilakukan Clavius menunjukkan durasi setahun kalendar Julian dan perlu dipendekkan selama 11 minit bagi membetulkan ralat yang ada.

2. Bagi memastikan tarikh Easter kembali berjalan serentak bersama fenomena Ekuinoks setiap tahun, 11 hari perlu dibuang daripada kalendar tahun tersebut.

3. Nasihat yang diberikan oleh Clavius kepada Pope Gregory ke 13 telah menyebabkan pengiyshtiharan kepada tarikh yang tidak akan dikira di dalam kalendar pada tahun tersebut. Tarikh yang tidak dikira itu adalah pada 5 Oktober hingga 14 Oktober tahun 1582.

Disebabkan pengisytiharan ini, pada bulan Oktober 1582, tarikh selepas 4 Oktober akan terus melompat ke 15 Oktober. Betul-betul menakjubkan! Kak BB sangat tidak menyangka rupanya tarikh yang hilang ini merupakan sebuah sejarah.

Kak BB terpanggil untuk merungkai Misteri ini apabila terlihat sebuah perkongsian video menarik oleh seorang TikToker yang turut memberi sedikit perkongsian tentang tarikh yang hilang ini. Pastikan anda lihat juga ya. Selamat menonton!

Setakat ini dahulu perkongsian Kak BB tentang “Misteri Tarikh Kalendar 1852 Hilang”. Untuk lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari portal biarbetik.com.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *