Tahukah anda, Dingzihu atau Nail House di China ialah rumah yang berdiri di tengah jalan raya atau kawasan pembinaan bangunan-bangunan moden? Haaa, terkejut tak dengar tentang rumah ni? Kak BB pun terkejut sebab dekat Malaysia belum pernah dengar lagi tentang hal-hal macam ni…
Gambar di atas menunjukkan Nail House yang dimaksudkan. Ia merupakan satu-satunya bangunan rumah yang dimiliki oleh sepasang suami isteri warga emas, yang masih berdiri di atas jalan raya berturap di kampung mereka, di wilayah Zhejiang.
Kenapa Rumah Ini Dipanggil Nail House?
China mempunyai jumlah kerja-kerja pembinaan yang besar dalam hal-hal perkembangan ke arah negara yang lebih maju. Oleh hal yang demikian, semua infrastruktur dan pembinaan baharu tersebut sememangnya memerlukan tanah yang besar.
Keperluan tanah tersebut kadangkala memaksa sesebuah kelompok penduduk untuk berpindah ke tempat lain agar ruang kepada projek baru dapat diperoleh. Namun begitu, sesetengah penduduk tetap enggan meninggalkan rumah mereka kerana beranggapan bahawa pampasan yang ditawarkan adalah terlalu rendah.
Jadi, bangunan-bangunan yang dibiarkan berdiri sendiri semasa pembangunan berkembang di sekelilingnya inilah yang dipanggil sebagai Nail House di China. Hal ini kerana rupanya yang menonjol seperti paku yang tidak boleh dipalu.
Koleksi Gambar-gambar Nail House di China
1. Pemilik vila enam tingkat ini enggan menerima tawaran pampasan oleh pemaju yang bercadang membina pusat kewangan di tapak tersebut.
2. Sebuah bangunan kediaman lama dikelilingi oleh jambatan lebuh raya cincin yang baru dibina di Guangzhou, China.
3. Nail House ini pula terletak di tengah-tengah jalan yang sedang berada dalam kawasan pembinaan di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang.
4. Cao Wenxia, pemilik Nail House di Hefei ini telah menyalakan mercun untuk menyambut Tahun Baru Cina. Dapat kita lihat sebuah jentolak yang digunakan untuk merobohkan bangunan berdekatan di situ.
5. Menurut media tempatan, saudara-saudara yang memiliki Nail House di bawah ini tidak tahu tentang cara memperuntukkan pampasan kerajaan. Jadi, mereka belum menandatangani perjanjian pemindahan.
Menarik kan kisah Nail House ni? Tapi, setakat di sini dahulu perkongsian Kak BB tentang “Nail House di China | Rumah di Tengah Jalan Raya” ini. Untuk lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari portal biarbetik.com.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.