Kisah tragis di Lautan Atlantik pada 15 April 1912 yang telah menenggelamkan sebuah kapal Titanic masih tetap segar di ingatan kita. Namun, masih menjadi tanda tanya sehingga kini, apakah antara sebab bangkai kapal Titanic tersebut tidak dibawa naik ke permukaan darat?
Persoalannya, biar betik kapal Titanic tidak boleh dibawa keluar ke permukaan darat? Mesti ada sebab ia masih di dasar Lautan Atlantik kan? Anda rasa bagaimana?
Justeru, pada entri kali ini, Kak BB akan berkongsi mengenai persoalan kapal Titanic ini melalui sebuah perkongsian TikTok oleh Radin Fikri.
Penemuan Kapal Titanic Di Dasar Laut Atlantik
Setelah karam bertahun lamanya tanpa dikesan, akhirnya kapal Titanic ini telah dijumpai pada tahun 1985 oleh seorang pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat, Dr. Robert Ballard.
Beliau berjaya menemui kapal ini sedalam 3.8 kilometer di dasar Lautan Atlantik, menggunakan sebuah kapal kecil atau dikenali sebagai Argo yang mampu menahan tekanan laut dalam.
Ia dilengkapi dengan kamera kawalan jauh yang boleh menghantar imej langsung ke monitor dan boleh bergerak tanpa pemandu. Hasil usaha beliau itu telah berjaya merungkai tragedi tersebut, dan sedikit-sebanyak telah membantu dalam teori bagaimana kejadian ini berlaku.
Penemuan Ballard terhadap tragedi ini juga telah menjadi rujukan sebuah filem popular bertajuk ‘Titanic’ pada tahun 1997, yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu. Fuh, biar betik?!
Badan Kapal Terbelah Dua | Sebab Bangkai Kapal Titanic Tidak Dibawa Naik
Menerusi penemuan tersebut, Ballard mendapati bangkai kapal Titanic ini telah terbelah dua dan ia merupakan salah satu sebab bangkai kapal Titanic ini tidak dibawa naik ke permukaan darat sehinggalah kini.
Badan kapal Titanic ini terbelah dua akibat pelanggaran bongkah ais besar meskipun sudah diberi amaran awal kepada kapten kapal. Akibat dari pelanggaran bongkah ais itu, ia menyebabkan banyak ruang kapal pecah dan bocor yang mengakibatkan air masuk ke dalam ruang kapal dengan lebih laju.
Meskipun telah diusahakan untuk menutup kesemua ruangan bocor, air tetap deras memasuki kapal melalui lubang-lubang lain yang mengakibatkan lebih banyak air masuk ke dalam bahagian badan kapal.
Titanic Alami Proses Pereputan Merupakan Salah Satu Sebab Bangkai Kapal Titanic Tidak Dibawa Naik
Badan kapal yang kian mereput dan merapuh dek tekanan atmosfera yang tinggi itu turut dimamah oleh bakteria ‘pemakan besi’, dan telah menyebabkan bangkai terus mengurai hari demi hari. Jika proses mengangkat bangkai kapal ini masih mahu diteruskan, ia boleh menelan kos yang sangat tinggi.
Ada juga yang berpendapat bahawa ia bukan sahaja boleh menelan kos yang tinggi, malahan jika bangkai kapal ini dibawa naik ke permukaan darat, ia akan terus mereput oleh perbezaan tekanan udara yang sememangnya tidak berbaloi berbanding kos yang perlu dibelanjakan.
Kedalaman Laut Sehingga 3800 meter
Dengan kedalaman sedalam 3800 meter (3.8km) di dasar laut pula, ia telah menyebabkan proses membawa keluar bangkai kapal Titanic ini kelihatan sukar dan menjadikannya kekal satu abad di dasar lautan Laut Atlantik.
Dengan kedalaman 3.8km dan berat kapal 52,000 tan itu, memang agak mustahil ia dapat dibawa keluar ke permukaan darat tanpa sebarang risiko.
Ha, menarik kan kisah mengapa bangkai kapal Titanic yang tenggelam ini tidak dibawa naik ke permukaan darat ini? Kak BB harap perkongsian ini akan sentiasa membantu kita untuk mengingati dan mengambil tragedi ini sebagai pengajaran untuk masa hadapan.
Setakat ini dahulu perkongsian Kak BB tentang “Sebab Bangkai Kapal Titanic Tidak Dibawa Naik”. Untuk lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari portal biarbetik.com.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.