Anda pernah tahu senarai Saluran Radio di Malaysia tak? Malaysia mempunyai pelbagai saluran radio yang memenuhi citarasa pendengar dari pelbagai latar belakang tau! Sama ada anda gemar mendengar muzik terkini, berita semasa, perbincangan ilmiah, atau hiburan ringan, pasti ada stesen radio yang sesuai untuk anda.
Senarai Saluran Radio di Malaysia

1. Radio Televisyen Malaysia (RTM)
RTM adalah salah satu senarai saluran radio di malaysia tertua. Merupakan penyedia radio nasional utama yang menawarkan pelbagai stesen seperti Nasional FM, Ai FM, Minnal FM, Asyik FM, Traxx FM, dan KL FM. Setiap stesen ini mempunyai fokus tersendiri, seperti Nasional FM yang membawa berita dan informasi umum, Ai FM untuk pendengar berbahasa Mandarin, serta Minnal FM yang khusus untuk masyarakat India Malaysia.

2. Suria FM
Salah satu senarai saluran radio di Malaysia ialah Suria FM. Stesen radio yang menawarkan hiburan berkualiti dengan lagu-lagu popular tempatan dan antarabangsa. Ia juga menampilkan segmen menarik seperti temu bual bersama selebriti dan kuiz interaktif.

3. Era FM
Salah satu stesen radio paling popular di Malaysia dengan pemilihan lagu-lagu terkini dan rancangan hiburan yang dikendalikan oleh penyampai radio terkenal seperti Johan, Haniff, dan Ray. Stesen ini turut menampilkan carta lagu terbaik serta sesi bual santai bersama artis.

4. Hot FM
Menghiburkan pendengar dengan pelbagai program menarik termasuk segmen humor, bual bicara santai, dan lagu-lagu hit terkini. Hot FM juga sering mengadakan peraduan dan cabaran interaktif untuk peminat setianya.

5. Sinar FM
Dikenali dengan lagu-lagu klasik dan evergreen yang membawa nostalgia kepada pendengar. Stesen ini menampilkan lagu-lagu dari zaman 70-an hingga kini, serta segmen berbual yang berkisar tentang kehidupan harian.

6. Mix FM
Menyajikan lagu-lagu antarabangsa dari era 90-an hingga kini, sesuai untuk mereka yang membesar dengan muzik pop dan rock klasik. Penyampai radio mereka juga terkenal dengan gaya penyampaian santai dan menyeronokkan.

7. Hitz FM
Pilihan utama peminat muzik Inggeris dengan pelbagai lagu antarabangsa yang sedang trending. Ia juga menampilkan temu bual eksklusif bersama artis terkenal dunia.

9. Fly FM
Menyajikan lagu-lagu Inggeris terkini dengan gaya penyampaian santai yang sesuai untuk pendengar muda. Stesen ini juga dikenali dengan segmen humor dan bual santai bersama selebriti tempatan.

10. THR Gegar
Dikenali sebagai radio Pantai Timur, THR Gegar menawarkan lagu-lagu Melayu klasik serta segmen hiburan yang dekat dengan budaya masyarakat di Kelantan, Terengganu, dan Pahang.

11. IKIM FM
Stesen radio Islam yang menyampaikan tazkirah, nasyid, dan berita semasa berlandaskan perspektif Islam. Ia juga menampilkan kuliah agama serta bacaan ayat suci al-Quran.

12. Zayan FM
Stesen radio dengan konsep Islamik yang lebih moden dan santai. Sesuai untuk pendengar muda yang ingin mendengar lagu-lagu kontemporari dengan mesej positif.

Dengar Radio dengan Lebih Selesa!
Untuk pengalaman mendengar yang lebih baik, dapatkan aksesori audio berkualiti:
- Earphone – Beli di sini
- Radio Bluetooth – Beli di sini
- Radio Portable – Beli di sini
- Headphone – Beli di sini
Nikmati pelbagai pilihan radio di Malaysia dan pastikan anda mendengar dengan aksesori terbaik untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan!
Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Senarai saluran radio di Malaysia” pada kali ini. Untuk ketahui lebih banyak lagi artikel menarik, anda boleh layari laman portal BiarBetik.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Cerita dari dalam Malaysia dan Luar Negara