Hai korang semua! Hari ini Kak BB mahu kongsikan tentang khasiat dan manfaat daging arnab. Sebahagian masyarakat Malaysia melihat arnab sebagai haiwan peliharaan kerana ia bersifat comel dan berbulu cantik. Namun, terdapat ramai juga rakyat Malaysia yang sangat menggemari daging arnab ini berikutan khasiatnya.

Biar betik daging arnab ini mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat?!

Mari Kak BB kongsikan dengan lebih lanjut tentang khasiat dan manfaat daging arnab yang juga enak untuk dimakan ini.

Manfaat Terbaik Buat Golongan Lelaki

Tahap “kecomelan” arnab ini mungkin membuatkan ramai masyarakat di Malaysia tidak mahu menjadikan ia sebagai hidangan, dan hanya cukup dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Walau bagaimanapun, daging arnab ini adalah bagus untuk dimakan kerana memiliki pelbagai manfaat baik yang boleh diperoleh oleh tubuh badan. Apa yang paling penting ialah, arnab ini sememangnya halal dari segi syarak untuk dimakan jika disembelih tau!

Khasiat dan Manfaat Daging Arnab

Antara manfaat daging arnab ini adalah, ia dapat membantu memulihara diet tubuh badan dengan baik kerana mempunyai kandungan protein yang tinggi dan kandungan lemak yang rendah. Hal ini justeru sangat membantu mereka yang ingin mengamalkan diet yang seimbang.

Kandungan protein yang tinggi dan kandungan lemak yang rendah ini juga menjadikan daging arnab bertambah sesuai dimakan oleh golongan lelaki, kerana dagingnya dapat membantu meningkatkan tenaga dalam mengerjakan pekerjaan berat.

Khasiat dan Nutrisi Daging Arnab

Kak BB yakin, para pembaca artikel Biar Betik yang sudah mengetahui manfaat daging arnab ini, pasti akan merasa tertarik untuk mencuba kan?

Tubuh badan yang sihat adalah hasil daripada pemakanan sesorang individu yang sihat. Jom Kak BB sambung perkongsian khasiat dan nutrisi yang ada pada daging arnab ini.

1. Kaya dengan protein

Kandungan protein pada daging arnab adalah lebih tinggi daripada daging lembu, serta hampir sama dengan daging dada ayam. Terdapat kira-kira 22.4 gram protein dalam setiap 100gram daging batang pinang arnab ini.

2. Mengandungi mineral dan vitamin

Mineral dan vitamin yang terkandung di dalam daging arnab mempunyai banyak peranan dan fungsi untuk kesihatan badan.

Vitamin yang boleh didapati dalam daging arnab ini adalah dari kumpulan vitamin B dan mineral yang terkandung pula adalah seperti kalsium, zat besi, selenium, fosforu, magnesium, potassium, zink dan tembaga.

Sumber: WilayahKu

Terdapat pelbagai lagi khasiat daging arnab ini sebenarnya tau! Memang wajarlah kalau daging arnab ini sedang viral ketika ini. Kak BB tidaklah begitu beminat dengan daging arnab, tetapi apabila mengetahui pelbagai manfaat dan khasiat tersebut, apa salahnya kalau kita cuba kan?

Nak cuba rasa tap tak tahu nak dapatkan di mana? Tengok je TikTok yang Kak BB share di bawah. Selamat mencuba!

@faizalmaroon

Set arnab all out pulak… ada arnab,nasi,kuah gulai,ulam,air asam,black pepper #arnabkangkang #marooncafe

♬ Comical, fun, cute, video background music(1124511) – Lill Lilly
Kredit: https://www.tiktok.com/@faizalmaroon

Setakat ini dahulu perkongsian Kak BB tentang “Khasiat dan Manfaat Daging Arnab”. Untuk lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari portal biarbetik.com


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *