Terdapat manusia yang cukup sifatnya dan terdapat juga manusia yang kurang sifatnya. Walau bagaimanapun, golongan yang tidak sempurna ini masih mempunyai hak untuk berpasangan tanpa mengira kekurangan mereka. Salah satunya ialah, kemudahan akad nikah pengantin OKU bisu yang merupakan bukti bahawa hak mereka untuk beribadat mengikut kemampuan adalah wujud dalam agama Islam.

Perkahwinan merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW dan anugerah Allah SWT kepada manusia demi memastikan kelangsungan hidup di atas muka bumi. Allah SWT telah menciptakan sebaik-baik manusia yang hadir daripada pelbagai latar belakang dan kemampuan. Sama seperti perkahwinan, hak warga OKU tidak pernah diabaikan oleh mana-mana pihak.

Akad Nikah Pengantin OKU Bisu

Isu utama yang dibangkitkan oleh ahli akademik tentang perkahwinan bagi individu OKU bisu ini ialah, melalui cara menyebut nama pengantin lelaki, kabul, nama wali dan juga ijab. Hal ini kerana, salah satu syarat sah perkahwinan ialah lafaz ijab dan qabul yang sempurna bagi perkahwinan yang mematuhi syariah.

Apa Yang Dapat Menggantikan Lafaz Akad Nikah Pernikahan Bagi Golongan OKU Bisu?

1) Akad Nikah Melalui Isyarat

https://www.tiktok.com/@sliexpertservice/video/7180229691477986586
Sumber: TikTok @sliexpertservice

Pakar undang-undang telah membicarakan isu akad nikah pengantin OKU bisu dengan menafsirkan pandangan syariah mengenai kesahihan perkahwinan menggunakan isyarat. Para fuqaha bersetuju bahawa sebarang isyarat diam yang tidak dapat difahami atau samar-samar adalah tidak boleh diterima.

Namun begitu, isyarat tersebut akan diterima di dalam akad perkahwinan jika ia disampaikan oleh orang bisu yang mempelajari bahasa isyarat dan isyarat itu jelas serta boleh difahami.

2) Akad Nikah Melalui Tulisan

Akad Nikah Pengantin OKU Bisu

Para ulama berpandangan sah ijab dan qabul pernikahan daripada seorang bisu dengan tulisan kerana ia lebih kuat berbanding isyarat.

3) Akad Nikah Melalui Utusan/Wali

Ijab dan qabul akad perkahwinan melalui wakil atau utusan adalah diharuskan. Ini kerana percakapan seorang utusan adalah percakapan orang yang mengutuskannya. Dalam erti kata lain, dia menggunakan wakil untuk menyampaikan apa-apa yang ingin diperkatakan.

Demikian juga penulisan yang berada pada kedudukan utusan. Mendengar perkataan utusan dengan bacaan surat orang yang mengutuskan atau orang yang menulis adalah semakna.

4) Akad Nikah Melalui Video Conference

Akad Nikah Pengantin OKU Bisu

Akad nikah yang berlaku secara online, di mana perbualan antara wali nikah dengan pengantin lelaki melalui talian internet beserta suara dan video secara langsung atau live. Sekalipun mereka saling berjauhan, namun wali dan dua orang saksi dapat melihat isyarat lelaki secara langsung dan akad juga berlaku di dalam majlis yang sama secara hukman.

Saling menyaksikan akad nikah sesama mereka pada waktu yang sama, ijab dan qabul juga boleh berlaku secara berturutan (الموالاة). Demikian juga wali dan dua orang saksi dapat mendengar suara wakil atau isyarat dan melihat secara langsung pengantin lelaki dalam waktu yang sama.

Indahnya Islam Dalam Memudahkan Hal-hal Akad Nikah Warga OKU

Demikianlah perkongsian Kak BB tentang cara-cara akad nikah pengantin OKU bisu yang boleh diguna pakai sekiranya anda kurang pasti tentang kesahihannya. Begitu indah dan mudahnya Islam dalam usaha menghalalkan hubungan sesama manusia, termasuklah bagi insan kekurangan yang tidak pernah diketepikan.

Tapi, Kak BB belum pernah lagi saksikan hal sebegini di depan mata secara live. Anda semua pernah ke? Jangan lupa kongsikan pengalaman anda bersama Kak BB di ruangan komen ya!

Menarik kan cara akad nikah ini? Tapi, setakat di sini dahulu perkongsian Kak BB tentang “Akad Nikah Pengantin OKU Bisu” ini. Untuk lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari portal biarbetik.com.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *