Tanah Perkuburan Perang atau lebih dikenali sebagai War Cemetery merupakan kawasan perkuburan askar yang mati semasa perang dunia kedua dan juga semasa darurat, termasuklah pusara Malay volunteer yang terletak di Taiping.

Seramai 850 orang yang telah terkorban semasa perang dunia kedua dan telah disemadikan di Taiping War Cemetery ini. Askar-askar yang disemadikan di sini termasuklah askar British, India dan juga askar-askar Melayu.

Di Manakah Taiping War Cemetery?

Pusara Malay Volunteer di Taiping
Sumber: Muzium Telegraf Taiping

Pusara Malay Volunteer di Taiping War Cemetery ini terletak di Bukit Larut, Taiping, Perak. Tanah perkuburan ini adalah bertujuan untuk memperingati jasa tentera negara-negara Komanwel yang telah meninggal dunia semasa perang dunia kedua.

Ia telah disenggarakan oleh Commonwealth War Graves Commission yang merupakan organisasi di antara enam kerajaan negara Komanwel, dan mereka perlu menjaga serta mengekalkan tapak perkuburan ini.

Untuk pengetahuan semua, Taiping merupakan lokasi pengunduran British sewaktu Jepun menjajah Tanah Melayu tau! Terdapat dua seksyen tapak perkuburan di Taiping War Cemetery ini, iaitu:

1. Kubur Tentera Askar British

Pusara Malay Volunteer di Taiping
Sumber: The Thrifty Traveller

Tapak perkuburan ini hanya didiami oleh mangsa terkorban British-Australia yang beragama Kristian sahaja. Kubur mereka juga terdapat lambang tiang salib yang menggambarkan agama dan bangsa mereka.

2. Kubur Tentera Askar Lain

Pusara Malay Volunteer di Taiping
Sumber: The Thrifty Traveller

Di tapak perkuburan ini pula adalah khas untuk mangsa korban yang terdiri daripada tentera India-British, tentera Burka, tentera askar Cina volunteer dan juga menempatkan kubur-kubur tentera Islam. Kubur ini juga dihadapkan ke arah kiblat.

Satu-satunya Pusara Malay Volunteer

Di Taiping War Cemetery ini, terdapat satu-satunya pusara askar Malay volunteer yang berasal dari Pahang iaitu, Abdul Rahman Bin Ahmad. Beliau telah terkorban pada Januari 1942, pada usia yang sangat muda iaitu 19 tahun. Beliau terkorban akibat kemalangan kereta api di Kelantan.

Selepas perang berlaku, jasadnya ditanam di Taiping War Cemetery dan merupakan satu-satunya kubur orang Melayu di sana.

Biar betik ia merupakan satu-satunya kubur orang Melayu?

@historyadventure79

Terdapat 800 pusara tentera yang terkorban sewaktu perang dunia kedua di tanam di Taiping War Cemetery dan Satu-satunya pusara askar sukarela berbangsa melayu ada disini. Prebet Abdul Rahman Bin Ahmad 12243 Federated Malay States Volunteer Force ( Pahang) Tarikh mati : 1 January 1942 Umor 19 tahun. #fyp #pov #wreck #foryoupage #ww2 #fypシ #taiping #perak #malaysia #army

♬ Last of the Mohicans: The Kiss – Orchestre philharmonique de Strasbourg

Merungkai Sejarah Lalu | Pusara Malay Volunteer di Taiping

Kak BB terpanggil untuk berkongsi kisah ini apabila terlihat perkongsian daripada seorang Tiktoker yang sering menceritakan tentang sejarah yang lalu. Hal ini merupakan sesuatu yang baru kerana ia mampu membuka minda kita dalam mempelajari tentang sejarah dunia.

Bukan itu sahaja, pada Kak BB, perkongsian di dalam bentuk video seperti itu juga lebih mudah difahami dan membuatkan kita lebih peka dengan sejarah lalu. Jadi selepas ini, jom kita rajinkan diri untuk mengambil tahu walau sekecil-kecil info tentang sejarah di Malaysia ya!

Setakat ini sahaja perkongsian Kak BB tentang “Pusara Malay Volunteer di Taiping”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Biar Betik.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *