Dulu influencer sekarang jadi artis. Fenomena ini bukan lagi sesuatu yang asing di Malaysia. Ramai anak muda yang memulakan perjalanan mereka sebagai pencipta kandungan di media sosial kini berjaya menembusi dunia hiburan arus perdana.

Dengan kekuatan pengaruh digital, bakat tersendiri dan keupayaan membina jenama peribadi, mereka mencipta ruang dalam dunia seni sama ada sebagai penyanyi, pelakon, pengacara atau personaliti TV.

Dulu influencer sekarang jadi artis

1. Noreen Iman | Dulu influencer sekarang jadi artis

Noreen Iman mula dikenali di Instagram dengan lawaknya serta pempengaruh di media sosial. Selepas dia mula berhijrah dengan memakai tudung, beliau mendapat banyak peluang kolaborasi dengan jenama terkenal serta muncul dalam pelbagai kempen fesyen.

Kini, Noreen sudah melangkah ke dunia lakonan dan pengacaraan, sekaligus membuktikan bahawa imej hijabi tidak menghalang seseorang untuk menyerlah dalam dunia seni.

Dulu influencer sekarang jadi artis

2. Malia | Dulu influencer sekarang jadi artis

Malia mencipta nama di TikTok dengan gaya persembahan santai, kelakar dan penuh spontan. Dengan pengikut yang semakin bertambah, Malia mula menerima tawaran berlakon dan muncul dalam beberapa drama serta projek iklan. Keasliannya sebagai influencer membuatkan peminat mudah terhubung dengannya. Kini, dia terus mengembangkan bakat dalam bidang seni sambil mengekalkan kehadiran aktif di media sosial.

Dulu influencer sekarang jadi artis

3. Khai Bahar | Dulu influencer sekarang jadi artis

Sebelum bergelar penyanyi terkenal, Khai Bahar hanyalah seorang remaja yang gemar menyanyi dan memuat naik video cover lagu di media sosial, terutamanya Smule dan YouTube. Suara lunaknya menarik perhatian netizen dan akhirnya membuka jalan ke dunia seni suara.

Dengan pelbagai lagu hits seperti Bayang, Luluh dan 123, serta beberapa anugerah dimenangi, Khai Bahar kini diiktiraf sebagai salah seorang penyanyi lelaki paling berjaya di Malaysia.

4. Sharifah Rose | Dulu influencer sekarang jadi artis

Sharifah Rose memulakan kerjaya sebagai model dan influencer yang sering berkongsi mengenai gaya hidup dan fesyen di Instagram. Keanggunannya menjadi tarikan utama, tetapi beliau juga menunjukkan keazaman untuk melangkah ke dunia lakonan. Drama seperti Kekasih Hati Mr. Bodyguard meletakkan namanya di hati penonton.

Kini, Sharifah Rose aktif sebagai pelakon utama dalam pelbagai produksi drama, sekaligus membuktikan dia bukan sekadar wajah cantik tetapi juga berbakat.

Dulu influencer sekarang jadi artis

5. Aisar Khaled | Dulu influencer sekarang jadi artis

Aisar dikenali sebagai seorang YouTuber dan TikToker yang gemar mencuba kandungan mencabar dan luar kotak. Walaupun pernah terpalit kontroversi, dia berjaya membina pengaruh yang besar dalam kalangan generasi muda.

Kini, Aisar mula menceburi bidang lakonan dan pengacaraan serta terus aktif menghasilkan kandungan positif. Perjalanan Aisar membuktikan bahawa dari dunia digital, seseorang boleh berkembang jika diberi ruang dan peluang.

6. Sissy Iman | Dulu influencer sekarang jadi artis

Sissy bermula sebagai penyanyi yang memuat naik lagu-lagu di media sosial, menarik perhatian ramai dengan suara lembut dan persembahan dengan piano. Dari situ, beliau menyertai pertandingan nyanyian dan terus mengembangkan bakat sebagai pengacara serta pelakon.

Sissy juga dikenali kerana personalitinya yang matang, sopan dan intelektual, menjadikannya pilihan sesuai sebagai hos program-program TV dan panel jemputan.

7. Imran Aqil (Ijeebster)

Imran atau lebih dikenali sebagai Ijeebster mula mencuri perhatian di TikTok dengan gaya lawak bersahaja dan terkenal sejak di Instagram lagi. Namanya melonjak naik selepas beliau menyertai rancangan TV Hero Remaja, sekali gus menjadikannya pelakon beberapa drama dan movie. Salah satunya Soloz The Movie.

Kini, Imran aktif melibatkan diri dalam dunia lakonan dan pengacaraan, serta menjadi wajah kepada beberapa jenama terkenal. Beliau juga sering dijemput dalam program hiburan dan realiti TV.

8. Qasrina Karim

Qasrina adalah antara pelakon muda yang semakin menyerlah di layar kaca Malaysia. Namun sebelum menjadi pelakon sepenuh masa, beliau aktif sebagai content creator dan influencer yang gemar berkongsi mengenai gaya hidup dan kecantikan . Keaslian dan personalitinya yang tulus membuatkan dia cepat disukai ramai. Kini, Qasrina membintangi pelbagai drama dan filem, menjadikannya antara pelapis pelakon wanita berbakat tanah air.

9. Erysha Emyra

Erysha memulakan langkah dalam dunia media sosial sebagai model Instagram dan TikToker. Gaya dan penampilannya yang menawan menarik minat peminat dan pengarah produksi. Tidak lama selepas itu, dia ditawarkan untuk berlakon dalam beberapa drama tempatan. Dengan lakonan yang semakin matang dan ekspresi wajah yang kuat, Erysha kini berada di landasan yang betul untuk menjadi antara pelakon wanita pilihan.

10. Ismail Izzani

Anak kepada penyanyi terkenal Datin Suliza Salam ini memulakan kerjaya dengan video nyanyian di YouTube dan Instagram. Bakat nyanyiannya yang menyerlah dan imej teen heartthrob menjadikan Ismail cepat naik. Lagu-lagu seperti Sabar, Luar Biasa, dan Bidadari meletakkan namanya dalam carta muzik. Kini, beliau bukan sahaja dikenali sebagai penyanyi, tetapi juga sebagai pelakon dan model komersial.

🎬 Nak Jadi Influencer & Artis Seperti Mereka? Ini Peralatan Asas Anda!

Perjalanan ke arah dunia hiburan bermula dengan langkah kecil. Untuk tampil profesional dalam rakaman video atau siaran langsung, anda perlukan kelengkapan asas yang berkualiti:

πŸ”† Ring Light untuk Rakaman/Content Creation
πŸ‘‰ Klik untuk beli di Shopee

🎀 Wireless Microphone (Clip-On) untuk Vlog/Live
πŸ‘‰ Klik untuk beli di Shopee

πŸ“· Kamera Vlogging/Streaming Webcam HD
πŸ‘‰ Klik untuk beli di Shopee

πŸ’„ Soft Makeup Set / Starter Kit untuk Influencer
πŸ‘‰ Klik untuk beli di Shopee

Fenomena β€˜influencer jadi artis’ membuktikan bahawa media sosial kini adalah salah satu platform utama mencungkil bakat baharu. Dengan strategi dan usaha yang konsisten, sesiapa sahaja boleh mencapai bintang. Jadi, anda mungkin nama seterusnya yang bakal menggegarkan industri hiburan!

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang β€œDulu influencer sekarang jadi artis” Untuk ketahui lebih banyak lagi artikel menarik, anda boleh layari laman portalΒ BiarBetik.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Cerita dari dalam Malaysia dan Luar Negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *