Antara love language YB Syed Saddiq, kita boleh nampak betapa beliau sebenarnya bukan sekadar ikon politik semata-mata, tapi juga seorang lelaki yang tahu cara menghargai pasangan dengan gaya tersendiri. Di sebalik wajah serius dan semangat patriotik, terselit jiwa lembut yang penuh romantik. Jom kita kupas satu per satu love language beliau, yang buat netizen semua cair!
Antara Love Language YB Syed Saddiq
1. Sanggup Renangi Lautan
Dalam konteks hubungan, ini bukan sekadar perumpamaan. “Sanggup renangi lautan” bermaksud YB sanggup harungi apa jua cabaran demi membahagiakan pasangan. Dari kesibukan tugas sampai kejar masa, dia tetap pastikan cinta dijaga rapi.
Antara Love language YB, ni tergolong dalam Acts of Service, iaitu bila seseorang tunjuk kasih sayang melalui pengorbanan masa, tenaga dan usaha. Kadang kita tak perlu hadiah mahal pun, cukup pasangan sanggup ‘redah lautan’ untuk kita. Sweet, kan?
Tambah lagi dengan posting dan video yang dimuat naik oleh YB kita dengan caption sweet I’ll Climb Every Mountain & Swim Every Ocean.
2. Tolong Bukakan Pintu Kereta
Zaman sekarang tak ramai lelaki masih amalkan benda simple tapi penuh makna macam ni. Tapi YB Syed Saddiq buat! Ini adalah tindakan kecil yang mencerminkan respect, care, dan gentleman attitude. Bila pintu dibuka, ia bukan sekadar akses ke dalam kereta, tapi akses ke hati wanita juga. Cik Min pun cair tengok!
3. Tolong Kipaskan
Bayangkan tengah panas, tiba-tiba ada orang tolong kipaskan. Fuh, nikmatnya! Ini tindakan spontan yang tunjuk dia betul-betul peka terhadap keselesaan pasangan. Antara Love language YB, ni menunjukkan dia sanggup buat apa saja untuk tengok pasangan selesa dan tenang. Lagi romantik kalau sambil kipas tu dia senyum dan tanya, “Panas sangat ke, sayang?” Cewah Cik Min yang tangkap cintan ni!
4. Bukakan Botol Air
Nampak macam biasa, tapi sebenarnya deep. Tindakan ni menunjukkan kepekaan terhadap keperluan harian pasangan. Bila lelaki bukakan botol air, maksudnya dia ambil tahu, dia sudi bantu walau benda kecil. Antara love language YB, ini yang jarang orang highlight, tapi sangat impactful dalam hubungan.
5. Setupkan Jam Pasangan
Ini bukan level biasa-biasa. Bila YB setup jam pasangan, dia sebenarnya tunjuk commitment dan thoughtfulness. Dia bukan saja nak pasangan ikut masa dengan tepat, tapi nak bantu urus hidup pasangan lebih teratur. Dia hadir bukan sekadar menyayangi, tapi memudahkan.
6. Mendayung Sampan
Kalau dia sanggup dayung sampan, itu maksudnya dia tak kisah jadi ‘penolak’ di saat hubungan diuji. Tindakan ni ada nilai cooperation dan teamwork. Bila pasangan dalam masalah, dia tak lari, dia dayung sama-sama sampai ke destinasi. Cinta yang sejati bukan tentang siapa yang paling hebat, tapi siapa yang paling setia mendayung bila arus kuat.
7. Cedokkan Lauk
Ni memang gaya romantik klasik Melayu. Bayangkan duduk makan berdua, tiba-tiba dia cedokkan lauk dan letak dalam pinggan kita. Momen macam tu boleh jadi memori terindah. Ini bukan sekadar ambil lauk, tapi ambil berat. Antara Love language YB, ini adalah salah satu yang menunjukkan dia jenis nurturing dan caring, yang tak malu tunjuk kasih sayang walau depan orang ramai.
8. Ingat Tarikh Penting & Sweet Moment
Kalau pasangan ingat birthday, hari mula kenal, tarikh first date atau even momen kecil macam makan pertama kali sama-sama, itu memang jackpot! Ini adalah Quality Time + Words of Affirmation + Memories Keeper. Bila dia ambil tahu dan ingat setiap momen manis, itu tandanya dia hargai perjalanan cinta tu sepenuh hati. Tak semua lelaki boleh buat ni tau!
9. Words of Affirmation
Kata-kata manis, sokongan emosi, dan pujian ikhlas adalah antara senjata YB yang paling memikat hati. Bagi dia, ungkapan macam “Wanita hebat,” atau “saya bangga dengan awak,” bukan sekadar ayat tetapi itu adalah cara untuk kuatkan hubungan. Antara love language YB, ini yang paling klasik tapi sangat berkesan.
Boleh kata dalam video ni 10% tentang Muar, 90% tentang Bella, memang gentleman betul YB ni.
Bergaya Romantis Seperti YB?
Kalau korang nak ikut jejak YB bukan setakat dalam tindakan, tapi juga dalam penampilan, bolehlah cuba gaya eksklusif dari Primavalet! Sesuai sangat untuk yang nak nampak kacak, kemas, dan romantik macam YB.
🧔🏻♂️ Baju Melayu Primavalet
👉 Klik sini
👩🏻🦱 Baju Kurung Primavalet
👉 Klik sini
🧣 Sampin Primavalet
👉 Klik sini
🛍️ Semua Koleksi Primavalet
👉 Klik sini
Kalau cinta itu satu bahasa, maka tindakan-tindakan YB Syed Saddiq ni adalah perbendaharaan kata yang lengkap. Dari renangi lautan hingga setup jam, semua tindakan tu sebenarnya adalah bukti bahawa cinta tak semestinya perlu ditunjuk dengan benda besar malah yang kecil pun cukup bermakna, kalau ianya datang dari hati.
So, kalau korang dah ada pasangan yang love language-nya macam ni, jangan lupa hargai dan balas balik. Sebab kadang cinta bukan tentang apa yang kita dapat, tapi apa yang kita berikan dengan ikhlas.
Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Antara Love Language YB Syed Saddiq: Hero Romantis Abad Ini? ” Untuk ketahui lebih banyak lagi artikel menarik, anda boleh layari laman portal BiarBetik.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Cerita dari dalam Malaysia dan Luar Negara