Artis Malaysia yang memakai baju raya warna sedondon 2025 sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tampil bergaya dan serasi bersama pasangan masing-masing. Setiap tahun, peminat pasti tertunggu-tunggu OOTD Raya selebriti tempatan.

Bukan sahaja mencerminkan keharmonian dan keintiman dalam hubungan, pemakaian warna yang sama juga menjadikan gambar raya lebih estetik dan sempurna untuk dikongsikan di media sosial. Jom kita tengok siapa lima pasangan artis yang tampil sedondon dan menghangatkan suasana Hari Raya tahun ini!

1. Bella Astillah & Syed Saddiq – Serasi Oren di Hari Pertama

Kisah Bella dan Syed Saddiq semakin hangat diperkatakan apabila mereka berdua memilih warna oren sebagai tema baju raya mereka pada hari pertama. Warna yang ceria dan menyerlah ini menambahkan lagi kehangatan cerita mereka yang kini dikatakan sedang bercinta.

Mereka bukan sahaja mengenakan busana warna yang sama, malah turut dilihat beraya bersama – membuatkan peminat bertambah yakin bahawa hubungan mereka kini lebih daripada sekadar kawan. Nampaknya, rona oren menjadi warna cinta baru tahun ini!

2. Fattah Amin & Amira Othman – Biru yang Menyatu Rasa

Fattah Amin dan Amira Othman juga salah satu artis malaysia yang memakai baju raya sedondon. Warna biru lembut yang cukup tenang dan menyenangkan mata memandang. Gaya mereka menyebabkan ramai peminat rasa teruja dan tak sabar menantikan perkembangan hubungan mereka.

Kedua-duanya tampil segak dan menawan dalam busana moden tradisional. Mereka ini memang padan dan sweet sangat! Warna biru melambangkan kepercayaan dan ketenangan – sesuai dengan vibe pasangan ini yang dilihat makin rapat dan harmoni.

3. Emma Maembong & Shazli – Kuning Emas yang Tetap Berseri

Artis malaysia yang memakai baju raya sedondon 2025. Walaupun mereka sudah hampir setahun berpisah, Emma Maembong dan Shazli tetap beraya bersama serta mengenakan baju raya warna yang sama. Penampilan mereka dalam rona kuning emas ini mendapat pujian ramai kerana menonjolkan kematangan dan keutamaan keluarga walaupun hubungan peribadi telah berubah.

Kuning emas memberi aura glamor dan eksklusif, dan pasangan ini sememangnya berjaya membawa gaya itu dengan penuh elegan. Satu inspirasi buat ramai untuk tetap menjaga keharmonian walau situasi tidak seperti dulu.

Artis Malaysia memakai baju raya

4. Neelofa & Haris Ismail – Purple yang Penuh Kemanisan

Neelofa dan Haris juga artis malaysia yang memakai baju raya sedondon. Mereka memilih rona ungu pastel yang lembut dan manis. Mereka bukan sahaja tampil berdua, malah sedondon sebagai satu keluarga bersama dua orang anak lelaki mereka iaitu Bilal dan Abbas. Gambar keluarga ini menjadi tular kerana penuh dengan elemen kemesraan dan kasih sayang.

Warna ungu sering dikaitkan dengan kemewahan dan kelembutan – menjadikan penampilan keluarga ini tampak eksklusif dan tenang. Sememangnya layak digelar keluarga contoh di pagi Syawal.

Artis Malaysia memakai baju raya

5. Janna Nick & Dini Schatzmann – Putih yang Tak Pernah Lapuk

Seterusnya artis malaysia yang memakai baju raya sedondon ialah Janna Nick dan Dini. Putih tak pernah lapuk dek zaman, dan pasangan Janna Nick serta Dini Schatzmann membuktikannya. Mereka memilih tema putih bersih yang melambangkan kesucian dan ketulusan. Gaya mereka sangat minimalis, tapi tetap nampak eksklusif dan segar.

Penampilan ini sangat sesuai untuk mereka yang mahukan suasana tenang dan sederhana di pagi raya. Selain itu, warna putih mudah dipadankan dengan aksesori dan makeup – menjadikan ia warna pilihan yang sangat fleksibel. Gaya mereka juga sesuai dijadikan inspirasi untuk sesi photoshoot keluarga atau raya pertama yang formal.

Artis Malaysia memakai baju raya

Nak Sedondon Macam Artis Malaysia memakai baju raya? Ini Pilihan Baju Raya di Shopee!

Kalau anda mula rasa terinspirasi dengan gaya artis-artis di atas, jom usha koleksi baju raya sedondon yang trending dan mudah didapati di Shopee:

πŸ›οΈ Zoe Arissa – Koleksi wanita moden, elegan dan feminin
πŸ‘‰ Klik sini

πŸ›οΈ Primavalet – Baju raya β€˜high-end’ dengan sentuhan moden klasik
πŸ‘‰ Klik sini

πŸ›οΈ Jakel – Kedai pilihan ramai untuk kain dan baju raya tradisional
πŸ‘‰ Klik sini

πŸ›οΈ Bulan Bintang – Baju Melayu yang segak, kemas dan bergaya untuk lelaki
πŸ‘‰ Klik sini


Tahun Warna Sedondon

Tahun 2025 membuktikan bahawa warna sedondon bukan sekadar trend, tetapi simbol penyatuan, cinta, dan kekeluargaan. Setiap pasangan selebriti membawa mesej tersendiri dalam pilihan warna mereka – dari cinta yang baru bertunas, hingga hubungan yang matang dan penuh toleransi.

Jadi, anda pula nak pilih warna apa untuk raya tahun ini? Jangan lupa #OOTDRaya dan mungkin… siapa tahu, anda juga boleh β€˜matching’ macam artis kegemaran anda! 🌈✨

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang β€œArtis Malaysia yang memakai baju raya warna sedondon 2025 ” Untuk ketahui lebih banyak lagi artikel menarik, anda boleh layari laman portal BiarBetik.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Cerita dari dalam Malaysia dan Luar Negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *