Date ideas version syed saddiq dan bella astillah. Bila kita bercakap tentang idea dating, selalunya ramai akan bayangkan suasana yang tenang, makan malam berdua, atau sekadar duduk berbual sambil minum kopi. Tapi bagi sesetengah pasangan, dating bukan sekadar duduk diam tetapi ia adalah tentang pengalaman baharu, cabaran fizikal dan detik-detik yang mengujakan.
Kalau kita tengok gaya hidup selebriti seperti Syed Saddiq, seorang ahli politik yang aktif dan sporty, serta Bella Astillah, seorang penyanyi dan pelakon yang versatil. Kita boleh bayangkan bahawa dating mereka bukanlah sesuatu yang biasa. Mereka punya vibe yang lasak, berani mencuba benda baru dan gemar aktiviti yang penuh semangat.
Date Ideas Version Syed Saddiq dan Bella Astillah
1. Panjat Gunung Kinabalu – Cinta Yang Tinggi Melangit
Bayangkan mendaki gunung tertinggi di Malaysia bersama pasangan, itulah satu pengalaman yang bukan saja mendekatkan hubungan, malah mencipta kenangan yang tak ternilai. Panjat Gunung Kinabalu memerlukan stamina, sokongan emosi, dan semangat berpasukan. Di sinilah kita boleh lihat sejauh mana kita dan pasangan saling memahami dan memberi semangat bila berdepan cabaran.
Waktu subuh, bila sampai ke puncak dan lihat matahari terbit bersama, segala penat lelah terasa berbaloi. Dari situ, hubungan jadi lebih bermakna sebab anda dah conquer sesuatu yang besar sama-sama.

2. Naik Parasailing – Cinta Berterbangan di Udara
Date ideas version syed saddiq dan bella astillah. Kalau pasangan anda jenis suka laut dan langit terbuka, parasailing adalah idea dating yang patut dicuba. Terbang tinggi sambil diikat pada payung besar di tengah laut, pengalaman ini akan buatkan anda rasa bebas dan tenang tetapi dalam masa yang sama, cukup mencabar untuk yang takut tinggi!
Parasailing sesuai untuk mencipta moment bonding kerana anda saling bergantung dan mengharungi rasa gementar bersama. Dari atas, bila tengok pemandangan laut biru terbentang luas, anda akan sedar betapa indahnya dunia bila dilihat dari sudut berbeza. Ianya sama macam hubungan, yang perlukan perspektif baru dari masa ke semasa.
3. Main Pickleball – Pasangan Sukan, Pasangan Sejiwa
Date ideas version syed saddiq dan bella astillah. Pickleball ni sukan ringan yang menggabungkan elemen tenis, badminton dan pingpong. Permainan ini sangat sesuai untuk pasangan yang aktif tapi tak nak terlalu lasak. anda boleh bermain secara berpasangan atau berlawan dengan couple lain, yang pasti akan timbul suasana fun, competitive dan penuh gelak ketawa.
Dengan bermain sukan macam ni, anda bukan saja bakar kalori, tapi juga bina komunikasi dan teamwork yang lebih baik.
4. Jogging – Simple Tapi Sweet
Date ideas version syed saddiq dan bella astillah. Bagi sesetengah pasangan, masa berkualiti tak perlu melibatkan perbelanjaan besar. Jogging di taman waktu pagi atau petang sebenarnya boleh jadi satu mini date yang sangat bermakna. Selain menyihatkan badan, aktiviti ni membolehkan anda berbual, bertukar cerita dan tengok matahari terbenam sama-sama.
Lebih menarik kalau ada matlamat bersama, contohnya nak sihat sama-sama, atau persiapkan diri untuk larian amal. Jogging mungkin nampak biasa, tapi bila dibuat secara konsisten bersama pasangan, ia jadi simbol kepada usaha dalam hubungan.
5. Naik Jetski – Date Yang Basah, Laju dan Gempak
Date ideas version syed saddiq dan bella astillah. Kalau anda jenis adventurous, naik jetski bersama pasangan memang idea dating yang power. Aktiviti ni bukan saja seronok, tapi juga membangkitkan adrenaline yang buat jantung berdegup laju dan bukan sebab cinta je!
Sambil memecut atas permukaan laut, sambil jerit kegembiraan, anda akan rasa bebas dan hidup sepenuhnya dalam saat itu. Ia juga satu cara nak lepaskan tekanan dan celebrate cinta dengan cara yang luar biasa. Bonusnya, anda akan dapat banyak gambar dan video yang instagrammable!
Kekal Bergaya Seperti YB dan Bella
Nah, untuk pasangan yang nak tampil kemas dan matching gaya ala Syed Saddiq & Bella Astillah, ini dia koleksi eksklusif dari Primavalet:
🧔🏻♂️ Baju Melayu Primavalet
👉 Klik sini
👩🏻🦱 Baju Kurung Primavalet
👉 Klik sini
🧣 Sampin Primavalet
👉 Klik sini
🛍️ Semua Koleksi Primavalet
👉 Klik sini
Kalau ikut gaya Syed Saddiq dan Bella Astillah, dating bukanlah tentang duduk diam dan tunggu bunga berkembang. Ia tentang bergerak bersama, berpeluh bersama, dan berani mencuba perkara baru sebagai satu pasukan.
Jadi buat pasangan di luar sana, kalau nak cari kelainan dalam hubungan. Boleh ambil inspirasi dari mereka. Hidup ini pendek, dan cinta yang aktif akan sentiasa segar dengan pengalaman baru!
Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Date ideas version syed saddiq dan bella astillah ” Untuk ketahui lebih banyak lagi artikel menarik, anda boleh layari laman portal BiarBetik.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Cerita dari dalam Malaysia dan Luar Negara