Adakah anda mempunyai rakan yang bernama Alef? Nama Alef ni akan menjadi sangat popular kerana ia juga merupakan nama bagi kereta terbang pertama dunia tau! Fuh, akhirnya impian kita pada masa kecil kini telah pun menjadi kenyataaan.

Kak BB terpanggil untuk menceritakan serba sedikit tentang kereta terbang ini apabila melihat satu video yang sedang viral ketika ini di TikTok 15minitmmtv. Jom teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kereta terbang pertama dunia ini.

Asal-usul Kereta Terbang Pertama Dunia

Sebelum ini, terdapat banyak usaha pembuatan kereta terbang tetapi masih tiada khabar berita tentang penjualan atau individu yang pernah membeli atau memilikinya.

Agak-agaknya, adakah kereta terbang Alef ini akan benar benar diterbangkan dan mempunyai pembelinya yang tersendiri?

  • Kereta Terbang Pertama Dunia
  • Kereta Terbang Pertama Dunia

Kereta terbang Alef Model A yang dihasilkan oleh syarikat Alef Aeronautics ini berasal dari negara Amerika Syarikat. Ia telah pun diiktiraf sebagai kereta terbang sebenar yang pertama di dunia, dan telah menerima kelulusan daripada Federal Aviation Administration (FAA) untuk terbang di Amerika Syarikat.

Ciri-Ciri dan Harga Kereta Terbang Alef Model A

Kereta terbang ini mempunyai ciri-ciri yang agak menarik, kerana beberapa fungsinya yang boleh dikatakan sangat mesra pengguna dan memudahkan.

1. Alef Model A adalah kenderaan khas (eVTOL) yang boleh terbang di udara dan juga memandu di jalan raya.
2. Ia boleh terbang sejauh 177 kilometer dan dipandu sejauh 322 kilometer sebelum perlu dicas semula.

Walaupun ia kelihatan seperti kereta biasa, namun kereta istimewa ini sebenarnya boleh terbang di udara dan mendarat seperti helikopter. Ia turut dilengkapi bilah tersembunyi yang menyokong sistem tersebut.

  • Kereta Terbang Pertama Dunia

Syarikat itu sudah mulai menerima tempahan untuk kereta terbang yang dipanggil Model A ini pada bulan Oktober tahun lepas. Mereka mengatakan bahawa lebih 440 pesanan telah direkodkan menjelang akhir tahun 2022.

Jika orang ramai ingin membeli kereta terbang Model A ini, anda perlu membayar sekurang-kurangnya $300,000 (RM 1,400,250) untuk memilikinya. Fuh, harganya pun dah boleh buat Kak BB berdeborrr!

Baiklah, sampai sini dahulu penceritaan Kak BB tentang kereta terbang pertama dunia ini. Anda semua boleh dapatkan pelbagai lagi kisah menarik di portal Biar Betik ini tau! Selamat membaca.

Setakat ini sahaja perkongsian Kak BB tentang “Kereta Terbang Pertama Dunia”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Biar Betik.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *