Bila menjelangnya Bulan Ramadan yang mulia ini, maka penuhlah media sosial dengan makanan dan minuman yang sedap, sampai viral dibuatnya! Dari kuih-muih sehingga makanan berat, semuanya nampak terliur apabila bulan penuh berkat ini menjelma. Namun, korang tahu tak sekarang ini, yang viral di aplikasi TikTok dan media sosial adalah Kurma Butter Viral?

Macam mana buah kurma ini digabungkan dengan mentega? Haaa, jom sama-sama Kak BB dalam makanan popular Ramadan kali ini; Kurma Butter Viral !

Apa Itu Kurma Butter Viral?

Ada apa dengan Kurma Butter Viral ini? Para pembaca dah pernah cuba sebelum ini? Buat pengetahuan anda, kurma butter viral ini tular di laman media sosial TikTok apabila seorang pengguna mengabungkan kurma yang dibuang bijinya dengan mentega. Namun, buka sebarang mentega tahu yang boleh digunapakai!

Jadi, bagaimana para pembaca yang ingin mencuba kurma butter viral ini? Ada beberapa kurma dan jenama mentega yang disyorkan supaya anda dapat merasai sendiri kelazatan makanan ini!

Jenis Kurma

  • Kurma Ajwa
  • Kurma Yusuf Taiyoob
  • Kurma Medjoul

Baru-baru ini. timbul isi Kurma Medjoul ini mengambil kurmanya dari Israel, jadi pastikan kurma anda tidak dipetik di sana sebagai solidariti kita kepada Rakyat Palestine ya!

Jenis Mentega / Butter

Elakkan mengambil jenama Marjerin, Buttercup, Farmcow sebab ianya adalah blended butter, bukan pure butter. Jadi, apa jenama untuk kita kenal pasti ianya adalah pure butter? Dibawah, Kak BB senaraikan untuk para pembaca ya!

  • Westgold Butter
  • Emborg Salted Butter
  • Promex Butter
  • Arla Pure Butter

Untuk Jenama Emborg, pastikan anda mengambil bungkusan biru yang tertulis Salted Butter dan bukan bungkusan kuning, Cook and Bake Butter . Apa bezanya? Untuk bungkusan kuning, mentega tersebut telah dicampur dengan bahan pengawet lain yang menjadikan ia dipanggil blended butter.

Khasiat Kurma Butter Viral Ini

Seperti yang kita tahu, buah kurma adalah makanan sunnah dimana ia memberikan kita tenaga semasa kita berpuasa. Jadi, jika ditambah dengan mentega yang menjadi sumber lemak untuk badan manusia, apakah terdapat khasiat dalam gabungan viral ini?

Jangan risau! Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan poster infografik tentang makanan viral ini untuk para pembaca. Gabungan kurma dan mentega ini tetap membekalkan tenaga sepanjang menjalani ibadah berpuasa.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Untuk mengetahui cara untuk menikmati trend kurma ini, para pembaca boleh klik link ini atau tonton sahaja video TikTok yang Kak BB sediakan dibawah!

@fcukinflava

Resipe bagi sesiapa yang susah nak bangun sahur. Darkweb version #fyp #foodie #kurmabutter

♬ original sound – Fcukin’ Flava – Fcukin’ Flava

Untuk para pembaca yang ingin mencuba trend kurma ini, segeralah ke kedai runcit atau pasaraya terdekat untuk membeli pure butter dan kurma menepati citarasa anda! Juga harus diingatkan bahawa berpada-padalah dalam makanan untuk mengelakkan gangguan kesihatan diesok hari.

Di kesempatan ini, Kak BB ingin megucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada Bulan Ramadan ini kepada muslimin dan muslimat kepada seluruh rakyat Malaysia! Semoga puasa kali ini mengubah kita kearah kebaikkan.

Setakat ini sahaja perkongsian Kak BB tentang “Kurma Butter Viral”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Biar Betik.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *