Siapa saja yang tidak pernah makan di McDonald’s bukan? Sebut sahaja McDonald’s, sudah pasti bermacam menu timbul di fikiran. Namun, adakah anda tahu bahawa sebenarnya terdapat daging lembu dalam kentang goreng McDonald’s?
Untuk artikel kali ini, Kak BB akan ceritakan kepada anda semua tentang kentang goreng McDonald’s ini. Kentang goreng sememangnya merupakan antara makanan kegemaran Kak BB apabila apabila ke McDonald’s, sebab rasanya memang lain daripada yang lain…
Sejarah Lembu Dalam Kentang Goreng McDonald’s
Kak BB yakin, bukan Kak BB sahaja yang amat meminati kentang goreng McDonald’s ini. Ia bukan sahaja sedap, malahan mempunyai rasa yang agak berlainan jika dibandingkan dengan kentang goreng dari pelbagai restoran makanan segera yang lain.
Jika anda ingin tahu, rasa kentang goreng yang sedap itu bukan semata-mata datang daripada rasa kentang tau! Tetapi ia turut diperisakan dengan daging lembu.
Pada tahun 50an, McDonald’s sebenarnya memasak kentang goreng mereka dengn lemak lembu dan ia amat disukai oleh para pelanggan. Walau bagaimanapun pada tahun 1980an, syarikat tersebut telah didesak untuk segera beralih kepada minyak sayuran atas sebab-sebab kesihatan.
Oleh itu, para pelanggan McDonald’s segera sebulat suara menyatakan bahawa makanan kentang goreng McDonald’s kegemaran mereka sudah tidak lagi sedap seperti sebelumnya.
Tindakan McDonald’s Setelah Didesak Oleh Para Pelanggan
McDonald’s merupakan syarikat restoran yang amat bijak kerana mereka sangat cepat bertindak untuk menyelamatkan keadaan tersebut.
Oleh itu, McDonald’s telah membuat keputusan untuk menambah perisa daging lembu ke minyak sayuran yang mereka masak bersama kentang goreng tersebut. Tindakan mereka ini masih lagi diamalkan sehingga hari ini tau!
Memang patutlah rasa kentang goreng McDonald’s ni sedap kan? Kak BB pun tak sangka terdapat cerita yang mengujakan di sebalik kentang goreng ni. Orang selalu sebut ada udang di sebalik mi. Tapi kali ni ada lembu di sebalik kentang pula, hihihi…
Jadi, begitulah kisah lembu dalam kentang goreng McDonald’s pada kali ini. Kalau anda nak dapatkan maklumat yang lebih lanjut, anda boleh terus ke YouTube Spacedollah ya. SelamatĀ menonton!
Setakat ini sahaja perkongsian Kak BB tentang āLembu Dalam Kentang Goreng McDonald’sā. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik diĀ Biar Betik.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.