Siri animasi dari Jepun yang berjudul “Naruto” amat popular di seluruh pelosok dunia. Naruto juga amat terkenal dengan watak yang mempunyai pelbagai jenis mata berlainan, dan salah satunya adalah mata Sharingan. Tahukah anda bahawa mata Sharingan dalam sejarah Jepun mempunyai maknanya yang tersendiri?

Jom Kak BB kongsikan kepada anda semua tentang mata Sharingan dalam sejarah Jepun ini! Oh ya, sebelum Kak BB terlupa … Perkongsian pada kali ini adalah berdasarkan sebuah tweet yang Kak BB dapatkan daripada Twitter The Patriots.

Jutsu Tsukuyomi dan Amaterasu | Mata Sharingan Dalam Sejarah Jepun

Setiap jurus yang ada di dalam siri animasi Jepun ini sebenarnya telah dinamakan bersempena nama-nama yang berada di dalam mitologi Jepun.

  • Mata Sharingan Dalam Sejarah Jepun

Antara jutsu yang berkaitan adalah jutsu Tsukuyomi. Ia digunakan oleh watak yang bernama Itachi, pengguna mata Mangekyo Sharingan.

Jutsu ini dapat mengubah persepsi masa sasarannya, sekali gus boleh mengawal masa supaya bergerak dengan lebih perlahan atau pantas mengikut kehendak si pengguna.

Di dalam agama Shinto, Tsukuyomi adalah Dewa Bulan yang tercipta setelah Dewa Izanagi membasuh mata kanannya seusai kembali dari alam Barzakh. Dewa Bulan juga dianggap sebagai tanda perubahan masa. Oleh itu, konsep masa inilah yang digunakan di dalam siri animasi Naruto.

  • Mata Sharingan Dalam Sejarah Jepun

Seterusnya adalah jutsu Amaterasu yang digunakan oleh dua watak di dalam siri animasi ini, iaitu Sasuke dan Itachi.

Jutsu Amaterasu merupakan sebuah jutsu yang mengeluarkan api hitam, di mana bahangnya adalah sekuat matahari dan api. Ia tidak akan boleh dipadam sehinggalah sasaran atau musuh penggunanya mati.

Di dalam agama Shinto juga, Amaterasu merupakan saudara Tsukuyomi dan anak kepada Izanagi. Izanagi ini pula tercipta setelah mencuci mata kirinya seusai kembali dari alam barzakh. Selain itu, Izanagi juga telah dianggap sebagai Dewa Matahari.

Asal-usul Teknik Susanoo

Mata Sharingan Dalam Sejarah Jepun

Susanoo ini merupakan anak ketiga bagi Izanagi. Ia merupakan Dewa Laut dan Ribut, jika mengikut kepercayaan Shinto.

Susanoo ini dianggap sebagai sebuah figure keperwiraan bagi bangsa Jepun. Susanoo pula tercipta setelah Izanagi mencuci hidungnya seusai pulang dari alam barzakh.

Fuh sungguh mengujakan cerita di sebalik nama-nama jutsu ini kan? Ternganga mulut Kak BB apabila dapat tahu tentang jutsu-jutsu mata Sharingan dalam sejarah Jepun ini. Jika anda semua mahu tahu dengan lebih terperinci, anda boleh terus ke Twitter The Patriots ya!

Setakat ini sahaja perkongsian Kak BB tentang “Mata Sharingan Dalam Sejarah Jepun”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Biar Betik.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *