Hi Assalamu’alaikum para pembaca setia portal biarbetik! Anda semua sihat tak tu? Kak BB harap anda semua berada dalam keadaan yang baik ya … Walaupun syawal sudah tamat, tapi Kak BB masih ada saki baki semangat hari raya yang membara untuk diceritakan pada hari ini tentang ciri-ciri baju melayu sebenar.

Seorang Profesor daripada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), telah menceritakan tentang ciri-ciri baju melayu sebenar dan maksud dari setiap sudut pakaian tradisional masyarakat melayu tersebut.

Beliau yang dikenali sebagai Prof Dato’ Dr Abdul Mua’ti, telah menyatakan ciri-ciri baju melayu sebenar yang orang ramai tidak tahu! Jadi, jom Kak BB kupaskan sedikit sebanyak kenyataan yang beliau berikan.

Ciri Baju Melayu Sebenar Yang Perlu Diketahui

Baju Melayu merupakan sebuah busana tradisional masyarakat Melayu yang sangat popular dalam kalangan lelaki di Malaysia. Namun di zaman yang serba-serbi moden ini, baju melayu seakan-akan hilang identitinya dek kerana penghasilan fashion luar kotak yang diciptakan menggunakan konsep ‘baju melayu’ ini.

Hal seperti ini telah membuatkan orang ramai mulai melupakan ciri-ciri baju melayu sebenar, serta mencetuskan kesalah-fahaman dalam kalangan orang luar yang meminati fashion baju melayu Malaysia.

Ciri-ciri baju melayu sebenar
Contoh fesyen terkini baju melayu yang menjadi bualan ramai.
Sumber: Murai.my

Kalau anda nak tahu, antara ciri-ciri baju melayu sebenar yang disebutkan oleh Prof Dato’ Dr Abdul Mua’ti adalah:

1. Mempunyai Pesak;
2. Memiliki Kekek.

Bukan itu sahaja, baju melayu juga mempunyai maksud-maksud tersiratnya yang tersendiri tau! Kak BB amat kagum melihat warisan nenek moyang kita ini, kerana terdapat pelbagai keunikan yang ditampilkan dalam setiap tradisi melayu.

Apa yang pasti, masih banyak perkara yang belum kita ketahui tentang tradisi Melayu dek kerana peredaran zaman yang berkembang dengan begitu pesat dan adanya unsur-unsur pengaruh barat.

Maksud Tersirat Pada Baju Melayu

Masyarakat Melayu yang sarat dengan adat ini sudah semestinya mempunyai pelbagai keunikannya yang tidak semuanya kita ketahui. Kak BB juga agak terkejut kerana selama ini, baju melayu juga menyimpan maksudnya yang tersendiri.

  • Ciri-ciri baju melayu sebenar

1. Baju Melayu yang terdiri daripada cantuman 6 helai kain membawa maksud rukun iman.
2. 3 Poket Baju Melayu pula membawa maksud Islam, Iman dan Ihsan.
3. 5 Butang Baju Melayu pula bermaksud rukun Islam.

Penerangan yang dibuat oleh Prof Dato’ Dr Abdul Mua’ti secara terperinci tentang ciri-ciri baju melayu ini telah memberikan satu ilmu baru buat kita semua. Terima kasih Prof di atas penerangannya!

Kak BB harap di masa akan datang nanti, akan ada lebih ramai lagi para ilmuan, khususnya di Malaysia tampil untuk mengongsikan ilmu seperti ini kepada masyarakat umum.

Akhir sekali Kak BB juga ingin selitkan video penerangan Prof Dato’ Dr Abdul Mua’ti yang disunting oleh akaun TikTok Lobak Merah, supaya anda semua boleh lihat sendiri penerangan beliau. Selamat menonton!

Setakat ini sahaja perkongsian Kak BB tentang “Ciri-Ciri Baju Melayu Sebenar”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Biar Betik.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *