Adakah wujud orang Melayu serumpun Maori ni? Haaa, tanah Melayu ni sebenarnya sangat luas! Namun, berikutan kesan penjajahan dan peperangan yang berlarutan zaman terdahulu sedikit sebanyak telah menjadikan asal-usul dan sejarah identiti bangsa Melayu seperti hilang, dan hampir tidak diketahui oleh masyarakat masa kini.
Jadi, jom hari ini Kak BB kongsikan tentang orang Melayu serumpun Maori untuk penambahan ilmu kita bersama!
Sejarah Penghijrahan Orang Melayu | Orang Melayu Serumpun Maori
Bagaimana orang Maori dan orang Melayu boleh dikatakan sebagai serumpun? Untuk pengetahuan anda, ia mempunyai kaitan dengan migrasi orang Melayu-Polinesia pada suatu masa dahulu.
1. Orang Melayu dan Maori ini asal-usulnya merupakan orang Austronesia dari Taiwan. Walaupun dikatakan dari Taiwan, orang Austronesia bukanlah orang Cina!
Kisahnya, nenek moyang orang Melayu pada 3000 tahun dahulu ataupun orang Austronesia telah berjaya mencipta kapal laut yang mampu merentasi lautan dalam. Pada ketika itu, kapal yang ada hanyalah kapal yang boleh merentasi sungai besar dan merentasi laut pesisir sahaja.
2. Fakta kedua yang menarik ialah, nenek moyang orang Melayu merupakan antara bangsa terawal yang merentasi laut lepas. Bagi orang Austronesia yang tidak bermigrasi dan masih menetap di Taiwan sekarang, mereka kini dikenali sebagai orang asli Formosa.
3. Orang Austronesia ini merantau di serata tempat! Antara tempat yang mereka pergi adalah seperti Papua.
Penduduk di Papua ataupun penghuni Papua ini adalah orang-orang Melanesian yang mempunyai kulit gelap, rambut kerinting dan bertubuh sasa. Orang Austronesia ini telah berkahwin campur dengan orang Papua, seterusnya melahirkan nenek moyang orang Polinesia.
4. Seterusnya, orang Polinesia ini kemudian sambung merantau ke kepulauan Polinesia di New Zealand dan juga Hawaii.
Oleh itu, orang Polinesia seperti orang Maori yang berada di New Zealand mempunyai tubuh badan yang lebih tegap dan sasa, kerana mereka berkahwin campur dengan orang Melanesia yang bertubuh tegap dan sasa di sana.
Gadis Taiwan Serupa Sumandak Sabah
Kita dapat lihat secara fizikal bahawa orang Formosa di Taiwan ini mempunyai paras rupa yang lebih kurang sama seperti orang Dayak, KDM dari Borneo.
Perkara ini terjadi disebabkan oleh migrasi orang Austronesia ke kepulauan Borneo pada masa dahulunya yang tidak berpenghuni. Pada ketika itu, orang Austronesia tidak berkahwin campur kerana mereka berada di tempat yang tidak berpenghuni.
Fuh, sungguh dalam sekali sejarah yang Kak BB kongsikan pada hari ini! Jika anda semua ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang sejarah orang Melayu serumpun Maori ini, anda boleh kunjungi twitter The Patriots. Selamat membaca!
Setakat ini sahaja perkongsian Kak BB tentang “Orang Melayu Serumpun Maori”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Biar Betik.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.