Persediaan menghadapi 10 malam terakhir ini adalah persediaan dimana kita mengejar pahala berlipat kali ganda pada bulan Ramadan yang bakal tamat. Ini kerana kita tidak tahu adakah kita akan diberi lagi kesempatan dalam menyambut bulan yang mulia ini pada tahun yang akan datang.

Di artikel kali ini, Kak BB akan berikan beberapa perkara yang para pembaca boleh amalkan dalam menghadapi 10 malam terakhir di bulan Ramadan ini.

1. Solat di awal waktu dan mengqada solat yang telah ditinggalkan | Persediaan Menghadapi 10 Malam Terakhir

Dalam kita mengejar amalan sunat, janganlah kita lupa akan solat fardhu yang wajib, termasuk yang ditinggalkan secara sengaja atau tidak sengaja. Tips ini adalah sangat penting dalam persediaan menghadapi 10 malam terakhir di bulan mulia ini.

Hadis yang mengalakkan umat islam dalam melakukan solat fardhu pada awal waktu adalah seperti di bawah, dimana Rasullulah S.A.W bersabda:

“Apakah amalan yang paling dicintai di sisi Allah SWT? Nabi menjawab “Solat pada waktunya.” Dia (perawi) bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawab Baginda “Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” Dia bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawab Baginda “Jihad pada jalan Allah SWT.”

HR Bukhari

Untuk hadis mengantikan atau mengqada solat yang ditinggalkan secara sengaja atau tidak sengaja, Rasullulah S.A.W bersabda seperti dibawah:

“Sesiapa yang terlupa solat, maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat akannya. Tidak ada kafarah (menutup dosa) untuknya melainkan hal tersebut.”

HR Bukhari

2. Berusaha mencari Lailatul Qadar

Malam jatuhnya Lailatul Qadar adalah rahsia yang hanya diketahui oleh Allah S.W.T. Justeru itu, umat Islam akan mengejar malam ini pada 10 malam terakhir dengan harapan salah satu malam mereka beribadat adalah malam Lailatul Qadar.

Dari Aisyah R.A. beliau menceritakan tentang Rasullulah S.A.W yang melakukan ibadah di malam hari pada 10 Ramdan yang terakhir dibawah:

“Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya untuk beribadah pada malam sepuluh akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain.” 

HR Muslim

3. Memperbanyakkan solat sunat

Terdapat pelbagai solat sunat yang kita boleh lakukan sepanjang 10 malam Ramadan ini. Antaranya adalah Solat Sunat Tarawih dan Solat Sunat Rawatih.

Pada malam kita bangun untuk mendirikan Qiamullail dalam mengejar Lailatul Qadar, antara solat sunat yang kita boleh lakukan adalah Solat Sunat Tahajjud dan Solat Sunat Hajat. Solat Sunat Tasbih juga merupakan pilihan popular dalam mendirikan solat pada waktu Qiamullail.

Antara hadis yang megalakkan solat sunat didirikan sepanjang mengejar 10 malam terakhir ini adalah hadis solat sunat Tarawih.

 “Sesungguhnya Rasulullah SAW pada suatu malam sedang solat di dalam masjid. Maka orang ramai pun mengikut solat bersama Baginda. Kemudian pada malam berikutnya, Baginda solat sekali lagi dan jemaah yang mengikutnya semakin ramai. Pada malam yang ketiga atau keempat, orang ramai berkumpul menanti ketibaan Rasulullah SAW sebaliknya Baginda tidak keluar kepada mereka. Apabila masuk waktu subuh, Baginda bersabda kepada para jemaah: “Sesungguhnya aku telah melihat apa yang kamu semua lakukan. Dan tidaklah yang menghalang aku dari keluar kepada kamu melainkan aku takut solat itu akan difardukan ke atas kamu semua. Yang demikian itu berlaku pada bulan Ramadan.” 

HR Bukhari

Untuk para pembaca yang ingin membaca lebih lanjut tentang amalan yang boleh dilakukan pada 10 malam terakhir di bulan Ramada ini, klik sahaja link ini!

Sama-samalah kita mengejar keberkatan yang tersisa pada 10 malam terakhir di bulan Ramadan ini. Semoga amalan kita diterima dan diberi keizinan untuk berjumpa dengan bulan mulia ini pada tahun hadapan.

Setakat ini sahaja perkongsian Kak BB tentang “Persediaan Menghadapi 10 Malam Terakhir”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Biar Betik.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *