Bila kita dengar tentang solat Tarawih, mesti terfikirkan di antara solat Tarawih di Masjid atau di rumah untuk wanita, mana yeng lebih afdal? Saban tahun kita akan dengar netizen berbincang tentang isu ini di laman media sosial. Jadi, yang mana akan lebih baik untuk para wanita?

Jom kali ini bersama Kak BB, kita bincangkan isu fikah ini untuk wanita supaya para pembaca lebih jelas dan yakin dalam mengamalkan ibadah Tarawih sepanjang bulan Ramdan.

Tentang Solat Tarawih

Sebelum Kak BB mulakan tentang isu solat Tarawih di masjid atau di rumah untuk wanita, kita kupas dulu apakah solat Tarawih yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan ini.

Pada bulan Ramadan, umat Islam seluruh dunia digalakkan untuk melakukan solat Tarawih, dimana hukum mengerjakannya adalah Sunnah Muakkad. Sunnah Muakkad bermaksud sunnah yang dituntut untuk dilakukan.

Solat Tarawih Untuk Wanita
Sumber : Malaysia Gazette

Hukum Solat Tarawih Untuk Wanita

Setelah mengetahui hukum melakukan solat Tarawih, kita masuk pula tentang hukum mengamalkan ibadah ini buat para wanita. Walaupun sudah diterangkan beberapa kali tentang isu ini, pasti akan muncul semula soal ini di lama media sosial.

Baru-baru ini tular isu para jemaah wanita tidak merapatkan saf ketika melakukan solat Tarawih berjemaah di sebuah masjid dalam negara. Dari gambar tersebut, beberapa pendapat telah dilontarkan adalah wajar untuk wanita melakukan ibadah ini di masjid atau di rumah?

Solat Tarawih Untuk Wanita
Sumber : Kosmo Digital

Berdasarkan laman web Mufti Wilayah Persekutuan, wanita adalah lebih digalakkan untuk mengamalkan solat sunat Tarawih di rumah. Pendapat ini datang dari hadis Rasullulah S.A.W iaitu:

“Solat seorang wanita di rumahnya adalah lebih afdal daripada solat di halaman rumahnya dan solat di bilik tidur / bilik persendirian adalah lebih baik daripada solat di rumahnya.”

Riwayat Abu Daud

Walaubagaimana pun, Islam tidak melarang kaum wanita menjalani ibadah solat Tarawih di masjid jika mereka mahu turut serta dalam mengumpul pahala berjemaah serta merapatkan silaturahim bersama jemaah lain. Pernyataan ini datang dari hadis Rasulullah S.A.W juga iaitu:

“Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah dari kalangan wanita untuk pergi ke masjid, tetapi mereka boleh keluar dalam keadaan tidak memakai wangi-wangian.”

Riwayat Abu Daud

Bagi para pembaca yang ingin mebaca lebih lanjut tentang hukum mendirikan ibadah ini di rumah atau di masjid untuk wanita, boleh sahaja layari laman web Mufti Wilayah Persekutuan atau klik sahaja link ini!

Terjawab sudah persoalan tentang isu solat Tarawih buat para wanita di luar sana. Islam tidaklah melarang para wanita untuk melakukan solat sunat ini di masjid atau pun menghukum mereka yang mendirikannya di rumah. Namun adalah lebih baik jika kita sentiasa beringat untuk merapatkan saf dan mejaga adab kita di masjid sebagi seorang muslim.

Setakat ini sahaja perkongsian Kak BB tentang “Solat Tarawih Untuk Wanita, Di Masjid Atau Di Rumah?”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Biar Betik.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *