Mulai hari ini, Kak BB ingin menyarankan anda semua agar memilih tempat duduk paling selamat dalam pesawat, semasa pembelian atau penempahan tiket kapal terbang. Ia merupakan salah satu langkah yang wajar dilakukan dalam meningkatkan keselamatan diri dan orang tersayang semasa penerbangan.

Langkah berjaga-jaga ini tetap perlu diutamakan, walaupun nahas kapal terbang dikategorikan sebagai rendah risiko dan sangat jarang berlaku.

Mengikut statistik, insiden pesawat yang membawa kepada kemalangan adalah sangat kecil berbanding jumlah penerbangan yang dijalankan setiap hari. Namun jika berlakunya nahas bagi sesebuah pesawat, risiko dan impak kemalangannya adalah lebih fatal berbanding kemalangan di lebuh raya atau pengangkutan lain.

Biar betik ada tempat duduk yang paling selamat dalam pesawat atau kapal terbang?!

Posisi Terbaik untuk Dilakukan Ketika Berlakunya Sebarang Kemalangan | Tempat Duduk Paling Selamat Dalam Pesawat

Tempat Duduk Paling Selamat Dalam Pesawat

Salah satu petua yang diberikan ialah tentang posisi duduk yang paling selamat iaitu posisi dakapan. Kedudukan ini amat disyorkan kerana ia dapat membantu meminimumkan kecederaan pada bahagian kepala, leher dan tulang belakang, serta mengurangkan risiko terkena objek berat yang dilepaskan dari tempat penyimpanan.

Untuk posisi ini, para penumpang perlu meletakkan kaki di atas lantai, membongkokkan badan sehingga kepala hampir menyentuh lutut, serta menyilangkan tangan di atas kepala. Kedudukan ini membolehkan penumpang untuk mengekalkan kedudukan badan dan mengurangkan risiko kecederaan semasa pesawat terhempas.

Survival Rate & Tempat Duduk Paling Selamat Dalam Pesawat Jika Nahas Berlaku

Tempat Duduk Paling Selamat Dalam Pesawat
Sumber: Statista

1. Kelas Pertama / Bisnes (49%)

Penumpang yang duduk di kelas ini mempunyai kadar kelangsungan hidup yang lebih rendah berbanding penumpang di bahagian belakang pesawat. Hal ini kerana, penumpang dalam kelas pertama atau perniagaan merupakan antara individu pertama yang bakal menerima kesan awal di dalam situasi kecemasan.

2. Bahagian Hadapan Sayap (56%)

Penumpang yang duduk di sayap hadapan pesawat mempunyai kadar survival yang lebih baik sedikit berbanding penumpang dalam kelas pertama atau perniagaan. Ini kerana, penumpang di bahagian ini lebih dekat dengan pintu keluar kecemasan dan krew kabin, yang boleh membantu pemindahan dalam situasi kecemasan dengan lebih baik.

3. Bahagian Sayap (56%)

Penumpang yang duduk di atas sayap pesawat juga mempunyai kadar survival yang agak tinggi. Ini kerana, penumpang di bahagian ini lebih dekat dengan pintu keluar kecemasan dan mungkin juga lebih dekat dengan kru kabin dan kakitangan pesawat.

4. Belakang Kabin (69%) | Tempat Duduk Paling Selamat Dalam Pesawat Kapal Terbang!

Penumpang di bahagian belakang pesawat mempunyai kadar kelangsungan hidup yang paling tinggi dan baik berbanding penumpang di bahagian hadapan. Hal ini mungkin terjadi kerana para penumpang lebih cenderung menerima kesan yang paling sedikit melalui situasi kemalangan tersebut.

Tragedi 12 Ogos 1985, Japan Airline

Tempat Duduk Paling Selamat Dalam Pesawat

Tragedi pesawat Japan Airlines pada 12 Ogos 1985 terdahulu, merupakan salah satu contoh di mana penumpang bahagian belakang pesawat mempunyai kadar kelangsungan hidup yang lebih tinggi. Dalam kemalangan tersebut, pesawat dengan nombor penerbangan JL123 itu telah terhempas di Gunung Osutaka, Jepun, mengorbankan 520 daripada 524 penumpang dan anak kapal.

Seperti yang dijangkakan, daripada empat mangsa yang terselamat tersebut, kesemuanya adalah yang berada di bahagian belakang pesawat. Ini menunjukkan pemilihan tempat duduk di bahagian belakang pesawat boleh membantu mengurangkan risiko dan impak bagi situasi kecemasan udara seperti nahas kapal terbang.

Setakat ini sahaja perkongsian Kak BB tentang “Tempat Duduk Paling Selamat Dalam Pesawat”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Biar Betik.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *