Baru-baru ini telah viral di Tiktok tentang seorang lelaki berbangsa Cina yang bernama Shou Zi Chew, dan beliau telah diangkat menjadi seorang hero kepada para pengguna Tiktok. Jom kenali Shou Zi Chew hero Tiktok yang sedang hangat diperkatakan ini!

Hah, tapi sebelum tu Kak BB nak beritahu bahawa informasi tentang Shou Zi Chew ini telah Kak BB simpulkan setelah menonton sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok bernama, Fvmagazine. Kalau korang nak dapatkan info secara video, boleh terus ke account Tiktok tersebut.

Siapa Shou Zi Chew? | Kenali Shou Zi Chew Hero Tiktok

Dah bersedia nak kenali Shou Zi Chew hero Tiktok ni? Korang pernah dengar tak nama beliau sebelum ni? Kalau korang nak tahu, inilah dia CEO Tiktok!

Shou Zi Chew merupakan CEO atau Chief Executive Officer Tiktok. Beliau dilahirkan pada 1 January tahun 1983, dan berasal dari Singapura. Walaupun beliau berasal dari Singapura, namun pencapaian careernya telah berkembang sehingga hampir ke seluruh negara. Menarik kan?

Beliau juga merupakan graduan Hwa Chong Institution dan berkhidmat untuk negara, di mana beliau merupakan seorang pegawai bertauliah di dalam ketententeraan Singapura. Pada tahun 2010, beliau telah menamatkan pelajaran dalam bidang Master of Business Administration degree di Harvard Business School, dan turut menjalani latihan industri di Facebook.

Pada tahun 2015, Chew bekerja di syarikat smartphone gergasi iaitu Xiaomi dan telah menjawat jawatan sebagai Chief Financial Officer. Kemudian pada tahun 2019 pula, Chew telah berjaya menjadi International Business President di Xiaomi.

Demi melebarkan sayap dengan lebih meluas, Chew mula bekerja sebagai Chief Financial Officer di ByteDance dan seterusnya menggantikan CEO Kevin A. Mayer yang meninggalkan ByteDance. Fuh, sungguh kemas perjalanan career CEO Tiktok ini ya!

Sebab Beliau Diangkat Menjadi Hero Tiktok

Kenali Shou Zi Chew Hero Tiktok

Beliau telah diangkat oleh para pengguna Tiktok sebagai hero, terutamanya di Amerika Syarikat, kerana pada bulan Mac 2023 yang lalu, Chew ada memberi keterangan di hadapan kongres AS mengenai usaha perundangan untuk mengharamkan Tiktok di Amerika Syarikat.

Beliau dianggap sebagai hero apabila berjaya menjawab soalan-soalan yang dilontarkan dan dilihat bertindak memperjuangkan Tiktok untuk kekal digunakan di Amerika Syarikat. Memang hebat CEO Tiktok ini! Wajarlah kalau ramai yang beranggapan beliau adalah seorang hero…

Ternyata, hebat juga warga negara jiran kita ini kan? Kak BB lihat warga negara Malaysia juga tidak kurang hebatnya! Sama-sama hebat bak kata orang. Apa pun, Kak BB doakan semoga negara-negara kecil terus sukses dan menjadi contoh terbaik bagi negara-negara maju.

Oh ya Kak BB selitkan juga video Tiktok daripada Fvmagazine ini supaya mudah untuk korang semua fahami dengan lebih lanjut. Selamat menonton!

Setakat ini sahaja perkongsian Kak BB tentang “Kenali Shou Zi Chew Hero Tiktok”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Biar Betik.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *