Tips terbaik pelaburan emas sering dicari oleh pemula yang ingin berjinak-jinak dalam bidang pelaburan. Kalau korang nak tahu, sejak tahun 00-an lagi, penghasilan emas ini telah mendadak naik tau! Bahkan, ia telah diguna pakai sebagai mata wang universal di seluruh dunia.

Permintaan industri juga tidak kurang hebatnya sehingga menyebabkan orang ramai mulai mempelajari cara untuk melabur dalam bidang emas.

Jadi untuk kali ini, Kak BB kembali lagi untuk mengulas sebuah topik menarik tentang tips terbaik pelaburan emas yang wajib anda ketahui! Jom ketahui beberapa fakta menarik melalui perkongsian di bawah.

Tips Pertama: Miliki emas fizikal sebelum melakukan pelaburan

Tips terbaik pelaburan emas yang pertama ialah, anda perlu memiliki emas fizikal. Dengan adanya emas fizikal ini, anda secara tidak langsung telah terdedah kepada pelaburan emas! Emas ini boleh disimpan mengikut cita rasa, sama ada di rumah mahupun di bawah keselamatan bank.

Emas fizikal tidak terhad kepada jongkong sahaja, bahkan barangan kemas emas perhiasan peribadi anda juga mempunyai nilainya yang tersendiri. Penyimpanan emas fizikal ini sedikit sebanyak dapat membantu menampung kos sara hidup anda pada masa hadapan.

Tips Kedua: Mempunyai sijil emas untuk pelaburan

Sebagai contoh, mempunyai sijil emas di Amerika adalah ibarat pelindungan kepada pemegang emas. Ia pernah dikeluarkan oleh perbendaharaan negara tersebut sehinggalah tahun 1934.

Tips terbaik pelaburan emas yang kedua ini sangat penting dalam memastikan kelayakan anda untuk melakukan pelaburan dalam bidang emas! Walau bagaimanapun, ia tertakluk dan berbeza mengikut undang-undang setiap negara. Untuk lebih mudah memahami tentang sijil emas, anda boleh baca di sini.

Tips Ketiga: Pembelian emas ETF dan dana bersama untuk pelaburan

Dalam konteks ini, seorang pelabur akan membeli saham ETF dan dana bersama, yang melakukan pelaburan dalam aset emas fizikal di pasaran global.

Contohnya seperti ETF Saham Emas SPDR dan iShares Gold Trust. Dana ini merupakan antara yang terbesar di dunia, di mana asetnya adalah 100% disokong oleh emasnya sendiri!

Fakta menarik tentang pelaburan emas

Selepas mengetahui beberapa tips di atas, Kak BB nak sertakan juga beberapa fakta menarik tentang pelaburan emas untuk anda! Jom kita baca:

  • Harga emas dikira dua kali sehari di London Bullion Market Association (LBMA).
  • Anda boleh melabur emas secara langsung dengan pembelian emas fizikal, dan juga secara tidak langsung, di mana anda menjana wang daripada perbezaan kadar pertukaran.
  • Jika anda melabur secara ETF dan dana bersama, anda tidak perlu mengakses pasaran saham secara langsung.
  • Harga kontrak niaga hadapan emas dihitung di bursa komoditi NY dibawah COMEX (CME Group).

Menarik kan pelaburan emas ni sebenarnya? Kak BB pun dah mula merasa tertarik dengan pelaburan emas selepas menulis artikel kali ini tau, haha… Kak BB harap anda juga sukakan perkongsian melabur emas pada kali ini.

Walau bagaimanapun, pastikan anda sentiasa beringat-ingat dan berwaspada dengan skim penipuan pelaburan emas yang menjanjikan perkara tidak masuk akal ya! Pastikan anda betul-betul mendalami ilmu pelaburan emas ini terlebih dahulu sebelum memulakannya. Good Luck Kak BB ucapkan dan selamat melabur!

Setakat ini sahaja perkongsian Kak BB tentang “Tips Terbaik Pelaburan Emas”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Biar Betik.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *